Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar January 3, 2020 @ 12:40pm

Adab memotong kuku, antara mitos dengan sunah

Ada yang mengatakan tiga hari disunatkan untuk memotong kuku adalah pada Isnin, Khamis dan Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad dilarang sama sekali kerana dikhuatiri mendatangkan musibah kepada empunya diri.

Kononnya jika memotong kuku pada hari Sabtu seseorang itu akan ditimpa sakit, manakala pada hari Ahad akan jatuh miskin. Orang dulu kala pula menghalang tabiat memotong kuku pada waktu malam kerana dikatakan bakal ditimpa malang.

Hakikatnya, larangan seperti tidak boleh memotong kuku pada waktu malam yang disarankannenek moyang itu mempunyai maksud tersirat kerana rasional di sebalik tegahan memotong kuku pada waktu malam boleh menyebabkan kecederaan terutama jika memotong kuku anak.

Masyarakat dulu hidup bertemankan api lilin pada waktu malam yang mungkin kurang terang untuk aktiviti yang memerlukan ketelitian seperti memotong kuku, namun seiring dengan perkembangan teknologi larangan berkenaan mungkin tidak tidak terpakai lagi.

Perbuatan memotong kuku adalah antara fitrah yang disarankan Islam bagi menjaga kebersihan seseorang itu seperti sabda Rasulullah SAW:

Berdasarkan sabda berkenaan, selain memotong kuku, umat Islam perlu menjaga kebersihan diri dengan bersunat bagi lelaki, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai.

Menerusi perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam laman sesawang rasminya, tiada hadis khusus mengenai ketetapan hari bagi memotong kuku termasuk kelebihan atau kekurangan yang bakal diperoleh jika memotong kuku pada hari tertentu.

“Secara khususnya, tidak ada nas hadis sahih yang khas menyebut berkenaan dengan memotong kuku pada hari tertentu dan kelebihan-kelebihannya yang khusus seperti yang dijelaskan Imam Al-Sakhawi (Lihat al-Maqasid al-Hasanah, halaman. 489).

“Adapun berkenaan hadits-hadis yang menetapkan hari-hari tertentu dan kelebihan-kelebihan yang diperolehi sekiranya memotong pada hari tersebut, ia sebenarnya adalah tidak sahih,” katanya bagi menjawab persoalan mengenai ketetapan hari untuk memotong kuku,” katanya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakry. Gambar NSTP/KHAIRUL AZHAR AHMAD

Ketetapan memotong kuku pada hari tertentu mungkin diambil daripada kitab Jawa (Primbon) yang tidak menggalakkan perbuatan memotong kuku pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin kerana dibimbangi mendatangkan kemudaratan, manakala Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat membawa pelbagai kebaikan.

Bagaimanapun, umat Islam tidak seharusnya mempercayai ketetapan berkenaan kerana amalan memotong kuku hanya sebahagian daripada amalan merapi diri bersesuaian dengan Islam yang membudayakan cara hidup bersih.

Dr Zulkifli berkata, galakan untuk memotong kuku pada hari Jumaat adalah berdasarkan beberapa riwayat sahabat dan tabbiin (mereka yang bertemu dan berguru dengan sahabat Rasulullah), namun tidak menjadi kesalahan untuk memotong kuku pada lain.

“Perbuatan memotong kuku sangat digalakkan untuk dilakukan pada hari Jumaat. Islam sangat menganjurkan penganutnya supaya merapikan diri antaranya dengan memotong kuku kerana Islam sentiasa mengutamakan kebersihan.

“Tambahan pula hari Jumaat merupakan hari bagi muslimin berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah. Disebabkan itulah, sebahagian sahabat Nabi SAW dan sebahagian daripada tabi’in memotong kuku mereka pada hari Jumaat,” katanya.

Memotong kuku adalah bagi tujuan kebersihan kerana kuku yang panjang boleh mengunmpul kotoran. Gambar NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Secara rasionalnya, kuku yang dibiarkan panjang akan menggalakkan kuman atau bakteria untuk berkumpul di celah-celah antara kuku dan isi. Selain itu, kuku yang panjang juga akan megumpul kotoran terutama jika seseorang itu melakukan aktiviti seperti berkebun atau bertukang, malah si kecil gemar bermain di luar seperti di laman rumah juga boleh menyebabkan kotoran pada tangan dan celah kuku.

Jika tidak dibasuh dengan teliti, tangan yang kotor boleh menyebabkan pelbagai masalah  lebih-lebih lagi jika seseorang itu makan menggunakan tangan. Kesimpulannya, memotong kuku mampu mengelakkan daripada kotoran, kuman atau bakteria masuk ke dalam mulut.

Panduan memotong kuku:

Rendam jari dalam air bagi melembut kuku. Gambar NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN 

  1. Sebaik-baiknya mulakan dengan membaca Bismillah
  2. Bagi memudahkan kuku dipotong, rendam dalam air supaya kuku menjadi lembut apabila dipotong
  3. Potong kuku bermula tangan kanan mengikut aturan supaya tidak terlupa kuku yang belum dipotong.
  4. Pastikan tiada kotoran dalam celah kuku tertinggal.
  5. Buang kuku yang sudah dipotong ke tanah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Oct 2024

Drama Luruhnya Bunga Cinta Adaptasi K-Drama Popular Autumn In My Heart

Mesti best ni kalau dah adapatasi dari cerita Korea Selatan🥹🥹🥹

Featured Tue, 12 Mar 2024

“I Know What I Want In A Guy”- Ruhainies Mengaku Fobia Nak Kahwin? Pilih Lelaki Bertanggungjawab Berbanding Yang Kaya

Kalau Ruhainies pilih yang betanggungjawab daripada yang kaya. Agak-agak Korang pilih yang mana?

Featured Tue, 6 Dec 2022

Netizen Puji Kejelitaan Azira Shafinaz – “Gigi Hadid Versi Malaysia!”

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz sekali lagi mencuri tumpuan ramai dengan kecantikannya. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian di laman TikTok, video yang dimuat naik Azira telah berjaya meraih perhatian. Menerusi hantaran tersebut, Azira memakai baju hitam […]

Gaya Hidup Fri, 7 Dec 2018

Anak Tidur Di Rumah Kawan, Larang Atau Benarkan?

Boleh saja nak tidur rumah kawan, tetapi adab harus diutamakan!

Gaya Hidup Wed, 8 Apr 2020

Idea dekorasi dapur kecil cantik, barulah seronok nak masak

Siapa kata ruang dapur sempit tidak boleh dihias cantik

Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

Featured Fri, 28 Mar 2025

Tebuk Surah Al-Mulk, Bacaan Noorkhiriah Dipuji Sedap – “Tak Ada Belajar Tarannum Pun”

Khiriah mengaku untuk kekal istiqamah sangatlah susah, justeru dia meminta agar orang ramai sentiasa mendoakannya.

Featured Wed, 29 Nov 2023
error: Content is protected !!