Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 5, 2022 @ 5:44pm

Terpaling Juara: Terima Kritikan Pedas, Nyanyian Terkucil Dek Kerana Hampir Jatuh… Ifa Raziah Salahkan Baju

Penyanyi Ifa Raziah menerima kritikan pedas dari juri tetap Datuk Hattan pada minggu ketiga konsert Terpaling Juara dek kerana gagal menyampaikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah, nyanyian asal Ella dengan baik.

Menurut Hattan, ia menjadi satu kerugian apabila lagu-lagu yang pernah dinyanyikan ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak disampaikan dengan baik dipentas keramat itu.

“Mula-mula tu masuk dah senget, chorus cover sikit, lepas tu dia slack balik. Adakah baju tu yang mengganggu ataupun dari mula rehearsal memang susah untuk menjiwai lagu ini?

“Ini adalah satu pertandingan yang agak baik. Kita ada lagu-lagu yang bagus, lagu-lagu AJL dan pernah sampai ke final. Kalau kita tak deliver sebaik mungkin macam final dahulu, adalah satu kerugian.

“This is a very good song. Ada Man Kidal kat sebelah, muzik yang bagus. So, kita tak deliver tak sama dengan kualiti muzik tu. Come on kapten, do something,” komen Hattan.

Dalam pada itu, Ifa juga sempat membalas kritikan yang diberi dan menganggap kesalahan yang dilakukannya itu berpunca daripada busana yang dikenakannya ketika itu.

“Masa rehearsal okay je. Mungkin masa rehearsal saya tak pakai baju ini. Saya dah jatuh terjerit kat belakang tadi.

“Saya dah buat yang terbaik, saya rehearsal, tapi saya dapat lakukan yang ini mungkin sebab, tak tahulah,” balas Ifa.

Susulan komen itu, Naim Daniel yang merupakan kapten kepada Ifa turut membela nasib anak didiknya dan menyatakan mereka sudah berbincang terlebih dahulu cara penyampaian lagu tersebut ketika sesi rehearsal.

“Naim rasa mungkin macam kita nampak tadi memang the baju itself. Saya memang sit down juga untuk nak tahu sama ada Kak Ifa selesa dengan this arrangement atau pun tidak. And orang kata pun dah practice and so on.

“Kita berdepan dengan human punya error bila on stage sebab Naim pun pernah berada dekat pentas sebegini and somehow benda tu akan jadi,” kata Naim.

Hattan juga turut menegaskan supaya Naim dapat memperbaiki kesalahan yang dilakukan oleh anak didiknya biarpun Ifa dianggap sebagai seorang penyanyi yang berpengalaman.

“Dia tak ada alasan sebab Ifa seorang penyanyi yang sangat berpengalaman. Kalau ikutkan saya tak boleh terima pun macam gini punya performance,” katanya.

Pada konsert ketiga Terpaling Juara semalam, Shaz yang merupakan anak didik Hael Husaini telah diumumkan sebagai Persembahan Terbaik, sekali gus membawa pulang RM5,000 untuk kali kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaling Juara: RM5,000 Milik Shaz Sekali Lagi, Hattan Tidak Setuju Ada Penyingkiran… Ini Recap Konsert Ketiga!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2024

Pempengaruh Islamik Sedih Terpaksa Jual Barangan Mewah?

“Itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan wang” – Pempengaruh Islamik

Featured Wed, 31 Mar 2021

“Rindu Itu Tak Pernah Padam” – Genap 30 Tahun Kerjaya, Datuk Nora Tampil Kembali Dengan Naluri..

Siapa tidak mengenali Datuk Nora Ariffin. Suaranya yang lunak lagi lembut dalam mengalunkan lagu genre pop, balada dan R & B pasti menawan halwa telinga ramai pendengar. Setelah genap 30 tahun perjalanan kerjaya seni Nora, […]

Featured Thu, 21 Jun 2018

Jangan Panas Nasi Berulang Kali Kalau Tak Nak Kesan Sampingan Pada Kesihatan

Nasi yang dipanaskan berulang kali mungkin boleh mendatangkan mudarat pada tubuh badan.

Events Wed, 21 Dec 2022

Hadir Bertemu Peminat Untuk Promosi Korea, Lee Jae Wook Puji Keindahan Landskap & Alam Semula Jadi Malaysia!

Pelakon Korea terkenal, Lee Jae Wook datang ke Malaysia bagi menghadiri sesi bertemu peminat bagi program ‘Annyeong Kawan with Lee Jae Wook’, semalam. Menerusi sidang media yang diadakan di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya, 1 […]

Trending Sun, 19 Jan 2020
Trending Wed, 21 Aug 2019

Mattel BTS IDOL Dolls and UNO™ BTS are Now Ready to be Grabbed by ARMYs in Malaysia

The wait is over! Malaysian ARMYs can now have their favourite oppas in their rooms with dolls and cards from major retailers later this month.

Events Fri, 28 Sep 2018

#daiTV3 : Saksikan Pentas Akhir Da’i Musim Ke-6 Malam Ini!

Tahniah diucapkan kepada pemenang Da’i Musim Ke-6

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
error: Content is protected !!