Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops December 4, 2018 @ 5:00pm

Kini Anda Boleh Menjejakkan Kaki Ke ‘Dunia Fantasi Harry Potter’ Di Changi Airport, Singapura!

Kalau dulu, peminat-peminat Harry Potter di Malaysia mesti rasa sedih.

Yalah, kalau nak nikmati pengalaman menjejakkan kaki ke dalam dunia Harry Potter yang penuh magis itu, anda kena terbang ke Amerika (di Universal Studios Florida atau Hollywood) ataupun ke Jepun (Universal Studios Osaka).

Ha… sempena musim cuti sekarang ini, anda tak perlu lagi travel jauh-jauh. Pergi ke Singapura saja pun boleh!

Ini adalah kerana Lapangan Terbang Changi telah bekerjasama dengan syarikat produksi filem Warner Bros. untuk mengadakan pameran bersaiz penuh mengenai lokasi-lokasi penting yang ditonjolkan di dalam filem-filem Harry Potter.

Pameran ini dipanggil A Wizarding World Holiday at Changi Airport dan dibangunkan untuk para pengunjung sambil mereka menunggu pelepasan penerbangan mereka. Wah, syoknya!

Foto: Warner Bros.

Bagi anda yang tak tahu, Harry Potter adalah siri novel karya J.K. Rowling yang telah diadaptasikan ke versi filem terbitan Warner Bros.

Ia berkisar tentang seorang budak lelaki bernama Harry Potter yang mendapat tahu bahawa dia sebenarnya adalah seorang wizard (ahli sihir) yang mempunyai kuasa untuk menumpaskan ahli sihir jahat Voldemort lalu mencerahkan masa depan hidup golongan magis yang lain.

Kisah ini membawa pembaca (ataupun penonton filem) ke dunia fantasi Harry Potter yang penuh dengan keajaiban. Dan suasana inilah yang cuba diterjemahkan ke dalam bentuk pameran yang diadakan di Changi Airport.

Pelawat ke Terminal 3 akan berpeluang untuk menerokai perkampungan Hogsmeade yang lengkap dengan kedai-kedai yang telah dipopularkan dalam siri novel Harry Potter.

Di situ ada Honeydukes, kedai kopi Madam Puddifoot, Zonko’s Joke Shop dan banyak lagi. Anda juga boleh jalan-jalan di Diagon Alley untuk membeli penyapu magis, buku-buku dan barangan magis lain.

Di Terminal 2 pula, pastikan anda jauhi diri daripada “pokok ganas” Whomping Willow, dan di Terminal 1, jangan lupa singgah di Newt Scamander’s Menagerie untuk meninjau segala macam hidupan magical.

Selain dari pemasangan pameran lokasi popular, pengunjung berpeluang untuk cuba pakai jubah wizard, menyertai cabaran Quidditch dan enjoy pengalaman percutian yang menarik bersama keluarga atau rakan-rakan.

Di sini juga ada banyak tempat-tempat best di mana pengunjung boleh menangkap gambar kenangan. Contohnya, mereka boleh pose di depan kereta terbang Ron Weasley ataupun pose sambil menunggang penyapu terbang di kedai Quidditch.

Sempena musim perayaan ini juga, persembahan lampu dan salji juga akan diadakan kerana kisah Harry Potter memang terkenal dengan sambutan holidays yang istimewa.

Dan takkan anda nak bawa pulang memori dan gambar-gambar kenangan saja? Mestilah anda kena beli hadiah atau cenderamata juga! Ada macam-macam jenis item berkenaan dengan Harry Potter yang anda boleh dapatkan di sini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Singapore Changi Airport (SIN) (@changiairport) on

Jangan tunggu lama-lama untuk singgah di Changi Airport kerana pameran A Wizarding World Holiday ini akan dibuka hanya hingga pertengahan bulan Februari tahun depan. Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan pula akan berakhir pada 6 Januari, 2019.

Jom enjoy!

Sumber: Insider

Kredit Foto: Changi Airport

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Dec 2025

Adegan Zara Zya Minta ‘Top Up’ Sihir Dalam Drama Sumpah Ibuku Viral, Netizen Komen: “Tak Sangka Sihir Pun Ada Pakej”

Zara berjaya mencuri hati penonton drama tempatan dengan lakonannya yang penuh emosi.

Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bukan Nak Sorok Tapi…” – Neelofa Minta Beri Masa Untuk Kongsi Wajah Bilal

Setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anaknya 😘 Tapi, min pun tak sabar nak tengok Bilal 😍

Featured Fri, 2 May 2025

Tahniah! Sufian Suhaimi & Rania Al Sadat Selamat Diijabkabulkan

Penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya memilih tarikh 2 Mei 2025 sebagai tarikh bahagia untuknya dan isteri, Rania Al Sadat.

Featured Tue, 15 Aug 2023

[VIDEO] Pakai Spek Macam Rappers, Ramai Terhibur Gaya Pu Riz Jual Barang – “Caprice Ke DJ Khaled Ni?

Amboiiiiii, ni abah Bilal dengan Abbas ke? 😂🤣 Lain macammm ek 🤣🤣

Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Tue, 7 Mar 2023

Hadiri Konsert Blackpink.. Mira Filzah Dikritik Tak Sedar Diri, Peminat Tampil Pertahankan…

Alahai, minat je tak semestinya orang lagha. fikir positif!

Events Fri, 3 Oct 2025

Sukarelawan GSF & 23 Peserta Malaysia Dipindahkan Ke Penjara Paling Ketat Isr**l

Kesemua mereka dilaporkan ditahan di
penjara paling ketat.

Eat Travel Sat, 2 Jun 2018

Raikan Hari Raya Anda Dengan Hidangan Kuih Conflakes Madu Yang Rangup Ini

Tak lengkap hari raya, kalau tak ada kuih Cornflakes Madu ini.

error: Content is protected !!