Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 4, 2023 @ 4:38pm

Noorkhiriah Kagum Suami Sukarela Kutip Sampah Di Stadium Lepas Tengok Bola – “Semoga Allah Balas Kebaikan Awak”

Pelakon Noorkhiriah berasa kagum melihat suaminya, Azfaizul Ahtan membersihkan sampah di tempat duduk dalam Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas menonton perlawanan Piala AFF, Malaysia melawan Singapura malam tadi.

Menerusi rakaman klip video yang dikongsi oleh pelakon drama Nur itu menunjukkan suaminya membawa beg sampah dan mengutip semua sampah sarap yang ditinggalkan oleh para penonton di stadium berkenaan.

“Sampai kat stadium pun buat kerja. Habis game terus kutip sampah.

“Itupun dia kabo (bagitahu) plastik tak cukup. Semoga Allah membalas kebaikan awak Pa,” tulis Noorkhiriah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Pada perlawanan tersebut, Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala AFF 2022 dengan bergaya apabila membenam Singapura 4-1.

Dalam masa yang sama, Noorkhiriah juga terjumpa dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz yang turut sama menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut.

Ternyata gelagat mereka berdua sering mencuit hati peminat apabila mereka bakal bergandingan dalam sebuah drama tidak lama lagi.

@khiriah_17 Sampai Ke Stadium Pun Ada😂😂😂 @Dato’ FIZZFAIRUZ .. Tahniah Malaysia 4-1 #pialaaffsuzuki ♬ original sound – Khiriah17

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 25 Nov 2018

Lelaki Maut Kemalangan 405.6KM Lembah Beringin – Tanjung Malim

Siapa salah adakah konvoi motosikal, lori mahupun kereta exora yang kebetulan membantu motosikal yang rosak. Salam Takziah

Trending Mon, 5 Aug 2019
Trending Sun, 25 Mar 2018

Penceramah Bebas Ganggu Isteri Orang?

Setakat ini kita tidak boleh mengatakan dakwaan atau laporan itu benar atau sebaliknya kerana tidak semestinya apa yang dikatakan oleh pengadu itu betul. Ha, dengar tu. Siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu ya…

Featured Sat, 28 Jan 2023
Hiburan Thu, 11 Oct 2018

「失控拔掉注射导管」2周2度住院!赛琳娜进精神病院

小天后赛琳娜(Selena Gomez)这阵子搬离洛杉矶,鲜少出席公开活动!没想到现在传出这2个礼拜内住院2次,最后一次更在医院情绪崩溃。

error: Content is protected !!