Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie March 30, 2020 @ 1:37pm

Beberapa selebriti beramal bantu petugas barisan hadapan

Kebelakangan ini, laman sosial dipenuhi dengan hantaran yang memaparkan gambar masakan hari ini, malah ada juga warganet yang berkongsi paparan cara mereka memanfaatkan masa yang terluang bersama keluarga.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi inisiatif amal bagi membantu petugas barisan hadapan seperti kakitangan hospital termasuk polis dan tentera yang bertugas mengawal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pendakwah, Ebit Lew, antara individu yang terpanggil untuk menyumbang dengan caranya sendiri. Beliau yang terkenal dengan jolokan pendakwah jalanan dalam kalangan gelandangan begitu prihatin dengan situasi yang dialami kakitangan perubatan di beberapa hospital akibat wabak yang sedang melanda negara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aduh sedihnya berlari semua dr dan nurse tadi jumpa saya di 5 klinik. Sedih rasa Tanya mereka”ustaz kami penat sangat ustaz. Dah letih,takut, nak makan balik rumah pun risau tolong beri nasihat kata semangat dan doa untuk kami” Sebak dengar keluhan mereka. Saya nak keluar rumah pun takut walau nak pergi hantar aircond atau makanan pada mereka. Pesan saya dengan rasa sayang pada mereka “akak adik semua pejuang berjihad barisan hadapan sekali. Besar nilai seorang berjihad dijalannya. Tiada siapa boleh kira pahala dan kebaikan kakak semua ketika ini. Betapa sayangnya Allah dengan pengorbanan semua. Setiap peluh letih pening lapar semuanya hanya Allah yang balas. Terima kaseh dari saya. Saya doakan semua sihat dan sentiasa kuat” Risau dan kasihan pada petugas front line di mana-mana. Mereka berpanas sepanjang hari dalam khemah. Dan ada alatan belum ada. Bila sampai tadi semua berlari excited. Minta nasihat dan doa. Syukur terima kaseh pada 5 Klinik Kesihatan di Gombak setia, ulu klang, bt 8, Kuang, Desa Pandan bersama Team BMWMCM . Samudra Teres. Terima kaseh Dr semua, en azman dan sahabat yang lain. Syukur dapat bekalkan aircond portable, mask, dan baju plastik. Banyak hospital dan klinik kesihatan terlalu berpanas. Bayangkan sebulan begini. Ya Allah. Paling utama tiada face shield untuk lindungi wajah mereka. Doakan ada bahan untuk buat sendiri atau tempah dimana-mana. Face shield penting untuk frontline seperti mereka. Doakan yer. Ya Allah mudahkanlah. Jagakanlah mereka semua ya Allah. Selamatkan kami semua-ebitlew Siapa ingin infak CIMB 8603546376 Pertubuhan Kasih Umat Malaysia

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Menerusi perkongsian dalam laman sosialnya, Ebit Lew dilihat mengunjungi kakitangan hospital untuk bertanya khabar, selain mendapatkan maklum balas mengenai keperluan yang boleh beliau bantu.

Paling menyentuh hati apabila ada kakitangan yang memohon supaya mendoakan mereka kuat untuk terus berkhidmat kepada negara.

Dalam satu hantaran lain, Ebit menyatakan beliau menerima khidmat pesanan ringkas daripada rakan yang memaklumkan mengenai Hospital Tuanku Jaafar, Seremban memerlukan khemah untuk digunakan bagi saringan COVID-19.

Beliau bersama pasukannya kemudian menghantar khemah yang diperlukan kakitangan perubatan di hospital berkenaan, selain turut menyumbang peralatan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan televisyen ke hospital Sungai Buloh, klinik kesihatan Titiwangsa serta AU2 Keramat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini adalah sebahagian niat saya untuk membahagikan rezeki yang ada.. Saya yakin dalam keadaan yang betul-betul kesempitan ini bukan sahaja Doktor, nurse sahaja yang penting tetapi Askar, Polis adalah orang hadapan yang paling penting di dalam keadaan yang teruk.. . . Hari ini, adalah misi saya untuk hari ketiga untuk membantu mereka yang membantu rakyat Malaysia.. Saya harap rakyat Malaysia memberi kerjasama kepada pihak Polis dan menghargai pihak Polis yang bertugas walaupun musim cuti virus Covid 19 ini… Walaupun dalam keadaan ini ekonomi yang amat lemah, kami tidak dapat keluar. Tetapi sekurang-kurangnya dengan pemberian ikhlas ini de @as.legacymalaysia dan @dherbsholdingshq dapat meringankan bebanan anda. Doakan saya untuk lebih banyak lagi saya boleh hulurkan sumbangan dan rezeki yang saya dapat ini adalah hasil kepada sokongan pembelian anda. Jika korang mahu tengok video yang lebih banyak lagi, korang boleh tengok di Youtube Tv Terlajak Laris dan bermula hari ini separuh daripada sumbangan akan saya sumbangkan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutamanya dalam covid ini.. (lagu latar agama kedaiman ) .

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Selain Ebit, usahawan Datuk Aliff Syukri menerusi akaun laman sosialnya turut berkongsi inisitiafnya menyumbang makanan dan keperluan kepada petugas polis serta tentera yang membuat sekatan jalan raya.

Perkongsian kedua-dua personaliti itu mendapat maklum balas positif dalam kalangan pengikut mereka, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan sumbangan berkenaan.

Ramai warganet yang mempersoalkan tindakan mereka yang menyampaikan sendiri sumbangan berkenaan ketika tempoh PKP dilaksanakan. Beberapa komen dalam perkongsian itu tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan kerana meskipun berniat baik, tindakan mereka menyalahi PKP.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

syukur alhamdulillah ???????? urusan supply headcover pakai buang utk hospital2 dipermudahkan ????????????Now tailor2 tgh jahit cover kepala & cap.Semalam dah deliver ke hospital sg. Buloh, hkl, hospital ukm. So ni nak tambah lg utk hospital putrajaya & hospital area klang. Ada lebihan nti, akan serahkan yg kat hospital jauh sikit mcm area kuala selangor insha allah doakan ye ???????????????? tqsm @jihanmuse sudi sama2 misi membantu frontliner kite ????❤️ . . p/s: kalau anda2 nak menyumbang pls beri pada NGO / pihak yg sah. And pls diharapkan jgn ade pihak yg amik kesempatan buat kempen2 utk scam duit pada waktu2 ni. #Kitatlgkita bukan #kitatipukita ???????????? . . credit : geng bantuan jahit team selangor ???????????????? mereka mengerah keringat membantu menjahit PPE ini ????????

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

Berbeza pula dengan jutawan kosmetik, Datuk Alha Alfa. Menerusi perkongsian dalam akaun Instagram miliknya, beliau turut menyumbang penutup kepala pakai buang kepada beberapa hospital sekitar Lembah Klang.

Insiaitif berkenaan yang dibantu pelawak Jihan Muse menggunakan khidmat beberapa tukang jahit di Selangor, akan dihantar untuk membantu petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alha Alfa turut berpesan sekiranya ingin memberi sumbangan, pastikan sumbangan berkenaan diberikan kepada badan bukan berkepentingan yang sah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Chemistry Kami Terlalu Kuat, Susah Nak Lari…”- Meerqeen Mahu Cuba Berlakon Dengan Aktres Wanita Selain Anna Jobling

Dah nama pun pelakon, mesti nak cuba banyak perkara 🥰 Apapun, Anna tetap dihati kannn hihiii ❤️❤️

Featured Sun, 28 Jan 2024
Featured Wed, 4 Feb 2026

“Tak Perlu Blur Muka Saya” – Mahu Lihat DJ Kidd Bekerja, Emma Maembong Mengaku Masuk Kelab Malam

Emma Maembong mengaku individu yang dimaksudkan sebagai ‘Pelakon Wanita Popular Di Kelab Malam’

Featured Mon, 20 Aug 2018

5 Mitos Tentang Nyamuk & Fakta Sebenar Yang Anda Perlu Tahu

Jom belajar tentang nyamuk sempena World Mosquito Day yang disambut pada hari ini!

Featured Tue, 23 Feb 2021

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Sajat

Bila agaknya kes ni nak selesai?

Featured Wed, 30 Apr 2025

Enggan Dikenali Dengan Gosip Murahan, Alvin Chong Mahu Jaga Nama Baik – “Saya Tak Suka Menempel”

Pelakon Alvin Chong menegaskan dia enggan mencipta kontroversi mahupun menempel dengan gosip murahan demi menaikkan namanya.

Featured Tue, 17 Jan 2023
Featured Thu, 16 Oct 2025

“Tak Pernah Rasa Rindu Atau Menyesal Cuma Tak Payah Jumpa” – Konflik Bersama Kak Nona, Kak KM Dedah Tak Pernah Anggap Kakak Kandung Musuh

Kak KM secara terbuka mengakui,  dia tidak menyimpan sebarang rasa rindu atau penyesalan terhadap apa yang pernah terjadi antara mereka.

error: Content is protected !!