Featured By: Fadzlena Jafar February 12, 2020 @ 5:55pm

Aksi Sultan Johor menyediakan nasi goreng istimewa curi tumpuan warganet

Rakaman Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyediakan hidangan nasi goreng istimewa menerusi hantaran dalam akaun Instagram rasmi baginda @officialsultanibrahim menarik perhatian pengguna media sosial berkenaan sejak disiarkan 10 Mac lalu.

Menerusi keterangan gambar yang disiarkan bertajuk Air Tangan DYMM Sultan Johor itu, baginda menyediakan hidangan berkenaan untuk rakan-rakan baginda yang turut hadir, namun tidak kelihatan dalam video berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Air Tangan DYMM Sultan Johor: “Nasi Goreng Istimewa” Untuk Rakan-Rakan Baginda Royal Touch: “Special Nasi Goreng” For His Majesty’s Friends 10 Februari 2020 #sultanjohor #johor #royalpressoffice

A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim) on

Aksi bersahaja baginda memasak nasi goreng itu menunjukkan bahawa baginda sudah biasa menyediakan hidangan, malah dalam beberapa hantaran sebelum ini baginda turut menunjukkan kepakaran memasak bersama-sama keluarga baginda.

Dalam video itu, Sultan Ibrahim berinteraksi dengan rakan baginda dan sempat menyanyi sambil sesekali mencuba masakan yang disediakan.

Baginda turut memaklumkan baginda gemar memasak sambil menyanyi.

“Kalau memasak, saya suka menyanyi,” titah baginda.

Selain hantaran terbaharu itu, beberapa hantaran terdahulu turut menunjukkan kehebatan Sultan Ibrahim menyediakan juadah antaranya hantaran pada 13 September tahun lalu yang menampilkan gambar baginda memasak gulai nanas untuk dikongsi bersama-sama kakitangan istana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SULTAN IBRAHIM MASAK GULAI NENAS DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sememangnya gemar memasak setiap kali Baginda mempunyai masa terluang. Pada hari ini (13 September), Baginda Tuanku Sultan berkenan memasak gulai nenas yang kemudian dimakan bersama kakitangan Istana. Sebelum ini, DYMM Sultan Johor menunjukkan kebolehan Baginda membuat karipap. . ~~~~~ . SULTAN IBRAHIM PREPARES PINEAPPLE ‘GULAI’ FOR ISTANA STAFF HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar enjoys cooking in his spare time. Today (13 September), His Majesty happily prepared pineapple gulai (a curry-like souce) which he later enjoyed with Istana staff. At other opportunities, His Majesty also makes traditional Malay snacks, such as various curry puffs. #sultanjohor #johor #royalpressoffice

A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim) on

Sebelum itu, pada 17 Julai 2019 akaun berkenaan turut memuatkan gambar yang menunjukkan baginda menyediakan karipap sardin untuk dikongsi dengan kakitangan Istana Pasir Pelangi.

Kehebatan Sultan Ibrahim memasak bukan sesuatu yang menghairankan kerana adinda baginda, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga hebat di dapur dan sering membuat hantaran gambar pelbagai juadah yang dimasak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hebatnya anak saya Afzan …… alhamdulillah! Mak masak di Malaysia , dia masak di London ( kat UNI ) !!!

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Instagram Tunku Azizah @airtangan_tunkuazizah yang mempunyai lebih 90,000 pengikut sudah membuat 299 hantaran yang menampilkan pelbagai gambar hasil air tangan baginda.

Daulat Tuanku!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 May 2022

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Timang Cahaya Mata Ketiga

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dapat anak ketiga

Featured Fri, 8 Oct 2021

“Bantu Kesihatan Mental”- Dilantik Utusan Khas Presiden Di PBB, BTS Sumbang Lebih RM15 Juta Menerusi Kempen Love Myself

Kumpulan K-Pop terkenal BTS yang dilantik sebagai ‘Utusan Khas Presiden bagi Generasi dan Kebudayaan Masa Depan’ di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru baru ini berjaya mengumpul dana sebanyak USD 3.6 juta (lebih RM15 […]

Featured Wed, 18 May 2022
Featured Mon, 3 Jan 2022

Gagal Merentasi Sungai, Warga Emas Maut Dihanyutkan Arus Deras

Seorang warga emas maut selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Lininkung, Telupid untuk menuju ke rumahnya pada Ahad. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa berusia […]

Gaya Hidup Fri, 11 May 2018

Ketahui Maksud Sebenar Warna Penutup Botol Air Yang Biasa Anda Beli

Jangan tahu beli sahaja, anda juga perlu tahu maksud di sebalik warna penutup botol air mineral ini.

Featured Mon, 26 Aug 2019
Featured Wed, 31 May 2023
Gaya Hidup Fri, 8 Feb 2019

‘Pulau Melayu’ tarikan baharu di Australia! 

 Gateway To Asia, bakal perkenal Pulau Cocos destinasi eksklusif yang mesra Muslim.