Featured By: Nurul Hana July 5, 2023 @ 6:49pm

Tawarkan Diri Buat Review Mahu Viralkan Kedai Makan, TikToker Minta Bayaran RM1,500

Tular video luahan hati seorang wanita menzahirkan rasa geram dengan tindakan ‘TikToker’ yang cuba untuk menganiaya bapanya.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita tersebut memberitahu pada awalnya ‘TikToker’ berkenaan menawarkan diri untuk membuat ‘review’ di kedai makan milik bapanya.

Pempengaruh media sosial tersebut kemudian meminta bayaran sebanyak RM1,800 untuk dia menularkan kedai makan itu.

“Ayah saya ada restoran. Dia ada cerita ada seorang TikToker ni datang nak review kedai makan kemudian ayah saya benarkan. Sebab kalau makan tu sedap mesti orang akan review kan tapi TikToker tu cakap yang ayah saya perlu bayar RM1,800 untuk dia viralkan siap bagi kurang RM1,500,” katanya.

@alinkiwi #fyp #reviewkedaimakan ♬ original sound – Alinkiwi

Sebelum ini, kedai makan milik bapaknya sering dikunjungi ‘influencer’ tetapi mereka tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk membuat content di media sosial.

Anak kepada pemilik restoran itu juga ada meminta agar orang ramai untuk tidak menipu warga tua.

“Ayah saya memang dah tua, cukup-cukup lah tertipu dengan konten di TikTok, jadi janganlah menipu warga tua macam ni,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluah rasa kesal terhadap tindakan ‘TikToker’ tersebut.

“Ya Allah siapa buat macam tu? Saya sendiri pun buat review free ja tau. Saya pun buat free je dia boleh pula bantai sampai RM1,000 lebih.

“Yang pelik tu, orang tak minta dia datang pun tapi ada hati nak suruh orang bayar,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 15 Sep 2018

Long Weekend Dan Tak Tahu Nak Buat Apa? Jom Ke Karnival Rempah 2018!

Mari meriahkan Karnival Rempah 2018 pada hujung minggu ini!

Trending Mon, 14 Oct 2019
Featured Thu, 11 Jan 2018

Suami Lebih Muda, Hidup Lebih Gembira!

Usah dipedulikan segala label yang diberikan masyarakat bila mendengar wanita yang mengahwini lelaki lebih muda. Cinta tak hanya buta, malahan tak juga kenal usia, bukan? Pilihan seseorang lelaki menjadikan wanita, 5, 7 atau 10 tahun […]

Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Penaja Utama ABPBH35 Perjelas Hadiah Milik Bell Ngasri, Janji Beri Pakej Umrah Paling Istimewa

Katanya Bell akan dapat hadiah tambahan nanti ☺️ Wahh apa agaknya tu 👀

Events Tue, 15 Jan 2019

Hangatkan Prelude AJL33 Di KL Live!

AJL33 lebih hangat dari biasa!

Events Thu, 13 Feb 2020
Trending Wed, 7 Mar 2018

Masjid Bertukar Kecoh, Terima Tetamu Tak Diundang

Tidak berakhir di situ, haiwan itu kemudian terus berlari masuk ke dalam masjid. Apa lagi, bertempiaranlah semua jemaah di situ!

Events Wed, 16 Oct 2019

陈政仁力邀李佩玲合唱!MV拍完近三年「终于」面世

歌曲其名,由Jin陈政仁和Jeryl李佩玲合唱的《I’ve Been Loving You Too Long》MV拍完近三年终于面世!