Featured By: Shaidah Shafie April 15, 2020 @ 11:43am

Suai padan serlah cita rasa pemakai

Fesyen adalah suatu luahan peribadi terhadap gaya yang digemari dan ada juga yang menjadikan fesyen sebagai pernyataan kegembiraan dengan mengenakan pakaian rona garang setiap kali berpenampilan.

Fesyen juga tidak membentuk peribadi sebaliknya peribadi individu yang yakin dan bersahaja mampu diserlahkan menerusi suai padan gaya yang dikenakan setiap hari.

“Pernyataan fesyen berubah mengikut keadaan semasa.” – Faizal Hamid. Foto: NSTP.

Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA, Faizal Hamid, berkata kebelakangan ini pernyataan dalam fesyen berubah mungkin terkesan dengan isu semasa yang dihadapi negara.

“Berdasarkan pemerhatian semasa, membeli keperluan pakaian mengikut fesyen bukan keutamaan lagi buat masa ini kerana ada lagi perkara yang lebih penting seperti memastikan kesihatan berada dalam keadaan terbaik.

“Ini masa untuk penggemar fesyen melihat semula apa yang ada di dalam almari pakaian mereka untuk diberi wajah baharu terhadap pakaian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Penggemar fesyen di negara ini ada pelbagai peringkat bergantung kepada latar belakang masing-masing, namun apabila memperkatakan mengenai fesyen, gaya suai padan sentiasa ada peminatnya.

Kebaya Nyonya sarat kerawang ini juga sesuai digayakan dengan sarong atau celana polos – gambar hiasan. Foto: NSTP/Sairien Nafis.

 

Faizal berkata, pereka fesyen antarabangsa seperti Stella McCartney juga tidak terkecuali turut mengenengahkan semula gaya fesyen yang pernah ditampilkan sebelum ini dalam perekaannya untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
“Sehubungan itu, aliran fesyen kontemporari menyaksikan banyak perubahan terutama untuk gaya pakaian hari raya tahun ini, namun untuk pakaian harian, penggemar fesyen di Malaysia tetap mempunyai cita rasa sendiri.

“Apabila bergaya, tiada lebih atau kurang sebaliknya beri wajah baru terhadap apa sahaja yang ada kerana kenyataan fesyen adalah cita rasa individu.” Katanya.

Tiga gaya suai padan yang boleh dicuba:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#ootdkebayanyonya | ???? KEBAYA NYONYA MELAKA | | ????tidak panas | ????kain casa jepun | ????berkualiti tinggi | ????harga berpatutan | ????pakaian traditional yang up to date | ????sesuai untuk semua majlis | ????sesuai untuk semua peringkat umur | ????Pakaian traditional yang tidak lapuk dek zaman | ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• ???? HARGA DEWASA ???????? baju sahaja RM120 (XS-L) RM130 (XL-XXL) RM140 (XXL) ???????? sepasang RM180 (XS-L) RM190 (XL-XXL) | HARGA KANAK2 ???????? sepasang RM95 (1-6TAHUN) RM110 (7-12TAHUN) ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• | ???? 0146640577 | #kebayanyonyamelaka #kebayanyonya #kebayamodern #kebayamalaysia #bazaarmalaysia #bazaarpaknil #bazaarpaknilmurah #bajubudakmalaysia #bajumurah #naelofar #neelofa #fashionvalet #jubahmurah #jakel #selafazcinta #pujaanhatikanda #bajumurah #bajubudak #naelofarhijab #naelofarhijablover #bajurayamalaysia #jakeltextile #pujaanhatikanda #selafazcinta

A post shared by Kebayanyonya Melaka Official (@kebayanyonya_melaka) on

Kebaya nyonya dan celana

Kombinasi kebaya nyonya yang biasanya sarat dengan jahitan kerawang pada hadapan baju memberi kesan ceria atau mungkin kegembiraan kepada pemakainya, oleh itu seimbangkan dengan celana berwarna sesuai dengan kebaya digayakan.

Jika tidak mahu digayakan dengan sarong kapas, kurung moden polos juga cantik disuaipadan dengan kain broked – gambar hiasan. Foto: NSTP: Adibah Ahmad Izam.

Kurung moden polos dengan sarong kapas

Penampilan ini memperlihatkan keseimbangan cita rasa kerana kurung moden polos lebih diminati berbanding yang mempunyai motif, gandingkan dengan sarong kapas apa sahaja warna kerana kedua-duanya akan menerbitkan kesederhanaan yang santun terhadap pemakai.

Jubah polos paras lutut belah tepi ini boleh diberi wajah baru jika dijahit labuci pada bahagian bawahnya – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Jubah atau gaun

Biasanya setiap wanita menyimpan sehelai dua jubah atau gaun di dalam almari pakaian, jangan hadkan penggayaan jubah atau gaun yang dimiliki. Beri nilai tambah pada pakaian itu, pasti manis dan segar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Sep 2022
#LaguXTRA Thu, 16 Feb 2023
Featured Thu, 23 Mar 2023

“Saya Sebagai Anak Pun Sedih, Apa-Apapun Dia Tetap Ibu Saya” – Syamsul Yusof

Siapa je tak sedih… moga yang terbaik buat mereke sekeluarga

Featured Thu, 22 Apr 2021

Janna Nick Dedah Hidap Penyakit Bipolar, Pernah Cuba B*nuh Diri

Pelakon dan pengacara Melodi, Janna Nick mendedahkan beliau mengalami ‘bipolar disorder’ yang merupakan sejenis penyakit gangguan mental melibatkan perubahan “mood” atau perasaan secara melampau sehingga menjejaskan aktiviti seharian. Menurut Janna yang mendedahkan perkara terbabit di […]

Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Tue, 30 Aug 2022