Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 23, 2023 @ 10:05am

“Saya Sebagai Anak Pun Sedih, Apa-Apapun Dia Tetap Ibu Saya” – Syamsul Yusof

“Saya sebagai anak pun sedih. Tetapi tidak pernah sedikit pun rasa sakit hati dengan ibu, apa-apapun dia tetap ibu saya.

Demikian kata-kata pengarah sensasi, Syamsul Yusof apabila ditanya perasaan terhadap ibunya, Datin Patiman Ismail yang sering membuka mulut mengenai kemelut rumah tangga dia dan isteri, Puteri Sarah Liyana.

Menurut Syamsul, 39, dia menyedari ibunya merasa sedih susulan kes pergolakan rumah tangga yang melanda dirinya bersama isteri-isterinya.

“Mungkin ibu mahu saya menceraikan isteri saya (Puteri Sarah) sekarang ini, tapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf pada ibu.

“Insya-Allah masa akan menentukan mengenai hubungan saya dengan keluarga saya,” katanya kepada XTRA.

Syamsul ditemui pada sidang media tergempar di ibu kota, pada Rabu.

Pun begitu, kata Syamsul dia memberitahu ada hasrat untuk bertemu dengan kedua ibu bapanya. Malah, tidak kisah sekiranya ibunya berpihak kepada Sarah, biarpun belum mengetahui kisah yang sebenar.

“Ada (untuk bertemu) Insyallah.

“Dia (Patimah Ismail) sebagai ibu saya faham sangat sedih. Saya faham juga ibu terluka, tapi kalau boleh jangan dikongsikan di sosial media.

“It’s okay (ibu saya menyokong Sarah). Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Masa akan menentukan segalanya,” jelas Syamsul.

Tambah pengarah filem Mat Kilau itu menjelaskan dirinya tidak mampu untuk memenuhi permintaan Patimah sekiranya mahu dia menceraikan isterinya, Sarah.

Menurutnya lagi, dia sudah pun berhubung dengan ibunya.

“Saya ada menghubungi ibu, tetapi tak payah cakap, semua orang tahu ibu marah saya.

“Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat Istikharah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat. Bukan!

“No! Saya yang buat pilihan (berkahwin dua). Ini pilihan saya. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan,” tambahnya.

 ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Dakwaan Persetubuhan Luar Nikah, Syamsul Yusof Maklum Ira Kazar Bakal Saman JAWI

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Walau Sekali Pukul Dia” – Syamsul Yusof

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Jun 2018

世界上竟然有这么美的树!果实高达40种

你相信世界上有这么美的树吗?

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Nafi Campur Tangan Orang Ketiga, Zahid Mengaku Kembali Solo

Zahid dan bekas isteri, Sarah sah bercerai pada 18 Julai lalu.

Cahaya Mata Fri, 12 May 2023
Featured Wed, 11 Jan 2023
Trending Tue, 15 Aug 2023
Featured Sat, 28 Mar 2020

Kes penularan wabak COVID-19 di AS atasi China dan Itali

Jumlah jangkitan semakin membimbangkan

Featured Mon, 4 Apr 2022
error: Content is protected !!