Featured By: Fatin Nurain September 7, 2022 @ 3:45pm

Belum Yakin Pegang Watak Hero, Hariz Hamdan Akui Masih Belum Cukup Pengalaman – “Biarlah Saya Belajar Perlahan-lahan”

Pelakon Hariz Hamdan mengakui dirinya masih belum cukup ilmu dan pengalaman untuk memegang watak utama atau hero dalam sesebuah drama.

Menurut Hariz, dia pernah ditawarkan untuk memegang watak hero, namun dirinya memilih untuk menolak twaran tersebut kerana belum ada keyakinan dan ingin belajar secara perlahan-lahan.

“Alhamdulillah, perjalanan seni saya bergerak agak pantas, tetapi tidaklah mudah, ada juga cabarannya. Cuma buat masa sekarang saya masih belum yakin untuk pegang watak hero kerana tidak cukup pengalaman.

“Saya tidak mahu ‘sapu’ begitu sahaja semua tawaran yang datang termasuk watak hero, tetapi nanti akhirnya tidak mampu memberi hasil yang memuaskan.

“Biarlah saya belajar perlahan-lahan sebelum yakin membawa watak hero pada masa depan,” katanya.

Pelakon yang turut membintangi drama Biarkan Ia Pergi, Slot Samarinda di TV3 ini juga meluahkan rasa syukurnya apabila dirinya kini kerap menghiasi kaca televisyen.

Malah, pelakon itu juga sempat berkongsi rasa terujanya yang bakal terlibat dengan sebuah karya dari penulis novel terkenal, Siti Rosmizah.

“Alhamdulillah, penonton dapat melihat wajah saya siang dan malam menerusi dua buah naskhah yang sedang ditayangkan serentak dalam televisyen.

“Selepas ini, buat pertama kalinya saya diberi kepercayaan membintangi karya Siti Rosmizah. Sebagai pelakon, saya cukup teruja kerana kita semua tahu karyanya memiliki pengikut yang ramai.

“Tiada lain yang saya harapkan selain sokongan daripada peminat untuk terus maju sebagai pelakon yang versatil,” kata Hariz menutup bicara,” katanya.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sat, 17 Feb 2018

CAN YOU HANDLE THE HEAT? HERE’S THE 10 SPICIEST KOREAN RAMEN

Korean food has been all the rage lately but can you handle the heat of these 10 noodles?

Hiburan Tue, 15 May 2018

Melania Trump Masuk Hospital

Melania, 48, menjalani prosedur embolisasi untuk membuang ketumbuhan dan akan dirawat di hospital selama seminggu.

Featured Mon, 11 Oct 2021
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

李俊颉连续25天连续挑战 #不麻木生活

Victor李俊颉日前释出新歌《麻木》MV,独角戏演出现实中的自己,社交网挑战 25天不间断分享「不麻木生活」。

Hiburan Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Dia Pilihan Ibu Saya” – Shuib Sedang Mengenali Hati Seseorang

Wahhh tak lama lagi dah ke tu? Semoga dipermudahkan segala urusan Shuib.

Hiburan Tue, 7 Jan 2020