Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 5, 2024 @ 1:42pm

Terkejut Mizz Nina Tarik Semula Kes Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Dedah Dianiaya – “Tidak Adil Bagi Pihak Saya, Apa Permainan Dia?”

Penyanyi sensasi, Noh Salleh mempersoalkan tindakan bekas isterinya, Mizz Nina yang telah menarik semula berhubung kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Musa.

Memetik laporan OhBulan!, vokalis kumpulan Hujan itu mendakwa dirinya dianiaya serta berharap mahu menuntut kebenaran.

“Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi tunggu esok (6 Februari) di hadapan hakim.

“Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa.

“Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja, tidak boleh digunapakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik.

“Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai, saya hanya mahu kebenaran,” katanya.

Sementara itu, Noh menafikan dakwaan dia telah menculik Musa pada 19 Disember lalu, jelasnya ketika itu dia berada di Sabah membuat persembahan.

“Saya tidak menculik Musa, ketika itu saya ada persembahan di Sabah. Kalau saya culik saya akan sorok.

“Tapi saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang.

“Kalau boleh nak jaga sama-sama, ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk hal rumah tangga orang.

“Itu bukan anak dia, Musa anak Wan Nuraisyah Athirah. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa,” katanya.

Sebelum ini, Mizz Nina mendedahkan bekas suaminya, Noh mengambil Musa tanpa pengetahuan pihaknya.

Susulan itu, Noh menepis dakwaan tersebut serta kenegaskan dia sudah mendapatkan kebenaran daripada ibu kandung Musa untuk menjaga anak angkatnya itu.

Artikel Berkaitan: Ibu Kandung Musa Tampil Buka Mulut, Bidas Noh Salleh – “Saya Rasa Dimanipulasi & Digunakan Untuk Kepentingan Dia”

Artikel Berkaitan: Mizz Nina Hadir Bersama Polis, Noh Salleh Berat Hati Terpaksa Lepaskan Musa – “Hanya Tuhan Tahu Betapa Hancur Hati Saya”

Artikel Berkaitan: Didakwa Bersubahat Culik Anak Angkat, Ini Jawapan Noh Salleh! – “Saya Dah Buang Ego Contact Dia Tapi…”

Sekadar info, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun pasangan ini bercerai pada Ogos 2022.

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Mar 2022

“Usaha Dakwah Saya Hanya Jadi Asbab Untuk Asfan, Hidayah Dari Allah” – Nabil Ahmad Tumpang Gembira

Alhamdulillah, seronok rasa mendengar kata-kata Nabil, penuh makna yang mendalam.. 🥺

Hiburan Wed, 11 Oct 2023

‘Tak Apa’ – Hadiah Mya Herry Buat Mereka Yang Putus Cinta

Lagu ni sangat sesuai menjadi peneman mereka yang sedang galau.

Hiburan Tue, 6 Feb 2024

Izzue Islam & Forteen Bersatu Kembali Dalam ‘Noktah Epilog Cinta’

Ini bukan berdua bersatu dah ni, ini berempat bersatu!

Hiburan Tue, 29 May 2018

品冠回马签唱会 粉丝大胆台上索吻

久违的品冠上周末回马为最新专辑《言外之意》举办签唱会,吸引不少粉丝前来一睹偶象风采;除了马来西亚,还包括中国、香港及新加坡的粉丝到场支持!

Featured Thu, 17 Nov 2022

“Sembuh Tidak Pernah Ada Untuk Orang Kehilangan” – Pesanan Ustaz Abdul Somad Undang Hiba Warganet

Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS), tular di media sosial kerana mengulas berkenaan kehilangan seseorang di dalam kehidupan. @specialbear_ “sakit yang tiada ubat” 💔#ustazabdulsomad #fyp #kehilangan #healingtiktok ♬ Pilihan Yang Terbaik Sadvibes Version – […]

error: Content is protected !!