Hiburan By: Syamir Shafie November 14, 2023 @ 3:33pm

‘Naik Syeikh’ Bawa Lagu Rock, Tom Tergelincir Gara-Gara Kasut Tumit Tinggi – “Dah Lah Hamil, Nasib Baik Tak Tergolek”

Penyanyi Tom tergelincir dan nyaris terjatuh ketika membuat persembahan di pentas Famili Duo, Ahad lalu.

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram yang kini sarat hamil enam bulan menjelaskan insiden tersebut berpunca daripada kasut tumit tinggi lima inci yang dipakainya.

Berjaya mengimbangi badan, Tom menarik nafas lega kerana perkara yang tidak diingini tidak berlaku ketika insiden tersebut.

“Saya rasa takut. Nasib baiklah tak jatuh. Saya pula pakai kasut tumit tinggi lima inci. Saya memang kena pakai kasut tumit tinggi, kalau tak nampak rendah sahaja, 151 cm,” katanya kepada XTRA.

Akibat terlalu menjiwai karakter, Tom seakan-akan lupa dirinya yang sarat hamil.

Dalam pada itu, juara program realiti My Starz LG musim ketiga itu mengakui perlu lebih berhati-hati dan mengawal pergerakan agar tidak terlalu lasak.

Baginya, keselamatan dan kesihatan kandungan perlu diutamakan.

“Saya kena lebih berjaga-jaga selepas ini. Tapi itulah, saya kalau buat persembahan, memang tak ingat apa-apa dah, saya lupa yang saya hamil. Doakan saya dapat lepas ke final,” jelasnya.

Pelantun lagi Redha itu juga tidak menolak kemungkinan untuk mengundur diri daripada mengikuti Famili Duo jika berlaku sebarang komplikasi ke atas dirinya kelak.

“Jika ada pendarahan atau sebarang kesakitan, Tom terpaksalah tarik diri. Apa-apa pun kandungan dan kesihatan anak Tom perlu diutamakan,” katanya lagi.

Tom bagaimanapun berharap agar semuanya baik-baik sahaja sepanjang program tersebut dan memohon doa baik netizen supaya dia dan kandungannya selamat.

Persembahan minggu kelima pentas Famili Duo menyaksikan Tom dan Fuad berjaya memukau penonton dan juri sekali gus menobatkan mereka sebagai duo ketiga terbaik mingguan.

Membawakan lagu Rock menerusi tema Idola dan Legenda, pasangan duo suami isteri itu menerima pujian yang baik oleh Mas Idayu dan Ajai.

Pasangan suami isteri itu ditemui usai konsert mingguan Famili Duo di Studio Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Program rancangan hiburan realiti TV berkonsepkan Rancangan Nyanyian Keluarga tersebut menampilkan enam pasangan iaitu Tom dan Fuad Rahman (suami isteri), Syahir dan Shila Amzah (adik-beradik), Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Adam dan Ryan Bakery (adik-beradik), Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik) serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim secara HD hanya di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Takkan Simpan Bubuh Jadi Keychain!” – Elfira Loy

Netizen pun kadang-kadang suka serkap jarang..

Featured Thu, 25 Mar 2021

Diskaun 50% Saman Bermula Hari Ini Sehingga 11 April, Cara Mohon

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini telah melancarkan aplikasi portal MyBayar Saman untuk memudahkan orang ramai membayar saman trafik dengan lebih pantas. Bersempena dengan pelancaran aplikasi ini, orang ramai akan diberikan […]

Trending Wed, 17 Aug 2022

“Saya Tahu Apa Saya Buat” – Michael Ang Nafi Suntik Botoks, Dedah Pernah Tanam Benang Pada Hidung

Nama Michael Ang sering menjadi sasaran pertanyaan wargamaya mengenai perubahan pada wajahnya. Terbaharu, Michael Ang didakwa membuat pembedahan di bahagian muka dan menyuntik botoks. Membidas dakwaan itu, Michael tampil memberi penjelasan bahawa dirinya pernah menjalani […]

Acara Fri, 26 Aug 2022
Replicated Draft Wed, 13 Mar 2024

Pastikan Oligo Menjadi Pilihan Untuk Sahur Ramadan Ini, Mudah & Padat Dengan Nutrisi!

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi guys! Selalu bila dah nak masuk bulan Ramadan ni, semua mula la tercari-cari apa menu yang paling mudah, berzat dan boleh memberikan tenaga berpanjangan betul tak? Bukan sahaja […]

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

TAKZIAH! Anak Bob Lokman Meninggal Dunia

Dia seorang anak yang baik. Dia tulang belakang keluarga dengan membantu menguruskan perniagaan. Dia juga yang banyak bantu dan jaga saya ketika masuk hospital.

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

” Duit Aku Bila Nak Bayar?”, Fathia ‘Sound’ Aiman Hakim Di Instagram

Di bawah foto berkenaan, Fathia turut meletakkan tanda pagar rempitModeOn dan menggelar Aiman sebagai lelaki dayus.

Featured Thu, 15 Dec 2022

Isteri Ebit Lew Keguguran Anak Kelima – “Allah Uji Sebab Sayang…”

Allahuakbar. Semoga kuat menjalani ujian ini dan segera diberikan kesembuhan