Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 31, 2022 @ 9:05am

“Sampai Hari Ini Saya Tertanya Kenapa Diceraikan” – 2 Tahun Berkahwin, Isteri Dakwa Cat Farish Lafaz Cerai 3 Kali Dalam Satu Masa

Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi dan pelakon Cat Farish, Suriani Hassan, 36, mendakwa bahawa suaminya itu telah melafazkan talak terhadapnya pada 13 Disember lalu.

Malah, Suriani mengakui berasa terkejut apabila Cat melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.

“Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya kenapa saya diceraikan. Saya terkejut apabila dia melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab,” katanya.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Suriani memaklumkan bahawa dia telah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan selepas tiga hari talak dilafazkan.

“Saya tak nak komen lebih lanjut mengenai perkara ini. Namun apa yang boleh saya katakan, saya sudah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Disember lalu untuk mahkamah menentukan berapa jumlah talak yang dilafazkan Cat.

“Sebelum ini saya cuba menghubungi Cat sebanyak tiga kali bagi menyelesaikan perkara ini, tetapi dia tidak memberikan sebarang maklum balas. Jadi saya anggap dia memang berniat untuk ceraikan saya dan berharap kes ini akan selesai segera,” ujarnya kepada Harian Metro.

Walaubagaimanapun, Suriani akui dia reda dengan segala ujian yang menimpa dan memohon kepada Cat untuk memberikan kerjasama dengan baik pada perbicaraan kes perceraian mereka yang telah ditetapkan pada 16 Januari ini.

“Apapun keputusan yang bakal ditentukan nanti saya reda dan anggap kami tiada jodoh. Tipulah kalau saya masih tak sayangkan perkahwinan ini kerana usia pernikahan kami masih baru.

“Malah sepanjang dua tahun berkahwin saya pernah hamil sebanyak dua kali, tapi tiada rezeki apabila saya mengalami keguguran pada tahun lalu,” tutur Suriani.

Sehubungan itu, wartawan Harian Metro turut menghubungi Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli, 48, untuk mendapatkan kenyataanya berhubung isu terbabit.

Cat memaklumkan bahawa dia juga sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik namun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan isterinya itu.

“Tak ada apa yang boleh diceritakan lagi. Apa yang berlaku semua ini, membabitkan saya dan isteri. Keluarga pun tak tahu. Tak pasti juga macam mana orang luar boleh hidu. Itu yang tak syok.

“Kalau saya jawab, isu ini berpanjangan pula. Lagi pula sekarang ini kami mengambil pendekatan untuk berdiam diri dulu. Ditambah pula masing-masing sibuk dengan kerja. Saya juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Soal lafaz itu sah atau tidak biar mahkamah tentukan. Sebenarnya perkara ini lah yang paling ditakuti dan tak nak berlaku.

“Siapa yang berkahwin nak cerai kan? Apa pun yang terjadi, saya mohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat kami,” jelas Cat.

Untuk info, Cat dan Suriani baru sahaja dua tahun mendirikan rumah tangga bersama sejak 20 November 2020.

Terdahulu, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli namun telah berpisah pada April 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 12 dan Qul Iskandar, 11 daripada perkahwinan pertamanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Ayda Jebat Bakal Catat Nama Dalam Malaysia Book Of Record?

Cayalah Ayda Jebat! Kelab peminat AJ’S nanti jangan lupa penuhkan kapal terbang okay!

Hiburan Tue, 13 Aug 2024

Dedah Perangai Shuk Sahar, Iqram Dinzly Nasihat Jangan Percaya Fara Salleh – “Hati-Hati Dengan Wanita Akhir Zaman”

‘Jangan percaya bulat-bulat apa yang pasangannya katakan dengan apa mencurigakan’ – Fara Salleh

Events Fri, 24 Aug 2018

#Kitapunya : Ini Bunkface Punya Eksperimen Sosial!

Jadi jangan lupa gunakan tandapagar #kitapunya dan #sayangimalaysiaku untuk serlahkan keperibadian ‘Anak Malaysia’ anda di kesemua laman media sosial anda

Trending Thu, 24 Jun 2021

Rossa Alami Kerugian Hampir RM300,000 Gara-Gara Positif Covid-19

Penghibur terkenal Indonesia, Datuk Rossa terpaksa menanggung kerugian berjumlah 1 bilion rupiah (RM288,234) selepas disahkan positif COVID-19. Mendedahkan dirinya pernah dijangkiti virus berkenaan, nilai kerugian terbabit terpaksa ditanggung kerana dia terpaksa menolak banyak tawaran persembahan […]

Hiburan Sat, 6 Oct 2018

张学友越跳越年轻!赞大马歌迷配合满分「犹如主场」

相隔不到九个月的时间,「歌神」张学友破纪录再度来马举办《A CLASSIC TOUR 学友·经典》世界巡迴;长达3小时的唱跳演出,让他自夸越跳越年轻,更大赞歌迷配合度满分,在大马演出「犹如主场」。

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Hiburan Sun, 22 Dec 2024

Alami Jangkitan Paru-Paru & Batu Karang, Adi Putra Ditahan Di Wad

Datuk Adi Putra dimasukkan kehospital akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi.

error: Content is protected !!