Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 24, 2018 @ 1:22pm

#Kitapunya : Ini Bunkface Punya Eksperimen Sosial!

Demi mendalami semangat kemerdekaan rakyat Malaysia, kumpulan rock, Bunkface telah mengendalikan sebuah eksperimen sosial di sekitar Pavilion Kuala Lumpur (Pavilion KL) baru-baru ini. Buat pertama kalinya, dengan menggunakan skrin gergasi Pavilion KL, ramai rakyat Malaysia dan luar negara telah menyertai sebuah permainan dalam menentukan sejauh manakah mereka mengenali Malaysia.

Sesi eksperimen sosial itu akan diakhiri dengan persembahan lagu tema ‘Kita Punya Malaysia’ dan ‘Revolusi’ oleh Bunkface di sekitar Pavilion Crystal Fountain.

Menurut Sam Bunkface, sesi eksperimen sosial ini bertujuan untuk mengenali peminat-peminat Bunkface secara peribadi tentang sejauh manakah mereka mengenali Malaysia melalui sebuah permainan berskala sederhana di ruang legar pintu masuk Pavilion KL itu. Lima kotak berwarna telah disediakan bagi para penonton menjawab soalan-soalan yang dipaparkan di skrin gergasi Pavilion KL.

” Dengan kerjasama bersama Media Prima Berhad, kami mengambil inisiatif ini untuk bertemu rakyat Malaysia dengan satu pendekatan yang berbeza. Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, Alhamdulillah lagu kami dipilih sebagai lagu tema kempen kemerdekaan Malaysia yang ke-61. Dengan pembaharuan ini, pendekatan kami adalah dengan membuat kuiz merdeka! Terima kasih juga kepada Pavilion KL kerana turut menjayakan event ini dengan meminjamkan kami skrin gergasi mereka sehingga event ini menjadi gempak! Dan kami juga berterima kasih kepada penonton dan peserta permainan kuiz kemerdekaan kami hari ini kerana mereka amat sporting! Seterusnya, nantikan muzik video rasmi lagu Kita Punya Malaysia yang akan dilancarkan pada 23 Ogos 2018, minggu hadapan serta temui kami di Karnival Gegaria Kita Punya nanti!” Katanya

Hidupkan semangat kenegaraan anda! Suarakan kemerdekaan negara kita! Ekspresikan cerita anda! dan buktikan negara ini adalah KITA PUNYA. Pastikan anda mengunci kalendar anda untuk bertemu Bunkface dan artis-artis lain seperti Elfira Loy, Radhi OAG, Nabila Razali, Kugiran Masdo, Misha Omar, Wany Hasrita dan Stacy di Karnival Gegaria Kita Punya pada 31 Ogos, 1 dan 2 September 2018 ini di Putrajaya!

Tiada siapa yang akan ketinggalan daripada kempen ini, gunakan tandapagar #kitapunya dan #sayangimalaysiaku untuk serlahkan keperibadian ‘Anak Malaysia’ anda di kesemua laman media sosial anda untuk memenangi hadiah berjumlah RM10,000. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial kami di Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia, @ntv7Malaysia, @8TVMalaysia, dan @TV9Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Nov 2021
Featured Tue, 1 Nov 2022

Nak Hilangkan Perasaan Suka Atau Benci Terhadap Seseorang? Ini Pesanan Ustaz Azhar Idrus

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI berkongsi tip bagaimana untuk menghilangkan perasaan suka atau benci terhadap seseorang. @mfazzy MASA MAIN PERANAN #masa #sangkabaik #doa #ustaz #mfazzy #tiktokguru #jombelajar #ustazazharidrus ♬ tak ingin […]

Featured Fri, 21 Mar 2025

Bapa Lia Natalia Meninggal Dunia – “Dia Pergi Hari Jumaat, 10 Malam Terakhir Ramadan”

Allahyarham Abden, 69, meninggal dunia akibat sakit jantung di sisi anak-anak dan ahli keluarga terdekat.

Featured Mon, 28 Aug 2023
Featured Wed, 30 Apr 2025

Hael Husaini Kini Bahagia, Bakal Tamat Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat

Hel menyerahkan soal jodoh kepada yang maha Esa.

error: Content is protected !!