Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 28, 2023 @ 1:08pm

Fauziah Sarman Dedah Tiga Foto Isteri Muda ND Lala, Individu Dakwa Siti Munirah Pernah Kikis Duit Bapa Saudara Sampai Bercerai?

Bekas isteri penyanyi, Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman secara terbuka mendedahkan wajah ‘penyondol’ tanpa memakai purdah di khalayak umum.

Menerusi platform di TikTok, Fauziah memuat naik tiga keping foto isteri baharu ND Lala yang dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani telah meraih pelbagai reaksi netizen.

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mengirimkan foto-foto tersebut kepadanya.

“Terima kasih yang DM saya gambar ini,” katanya.

ND lala

Difahamkan, isteri baru ND Lala itu merupakan rakan baik Shila ketika di zaman persekolahannya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa wajah Fauziah lebih cantik dan manis dariapda wanita tersebut yang telah ‘memusnahkan’ bahtera perkahwinannya selama 38 tahun bersama ND Lala.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada individu mendakwa Siti Munirah pernah mengikis duit bapa saudaranya sehingga hubungan perkahwinan mereka terlerai.

Sebelum ini, Fauziah tampil mendedahkan cerita sebenar yang terjadi dalam kemelut rumah tangganya.

Susulan itu, Fauziah juga berkongsi video anak lelakinya didakwa mencuri kereta isteri baru ND Lala sehingga telah menimbulkan pelbagai persoalan netizen yang terkesan melihat keadaan penyanyi 80-an itu seperti ‘pak turut’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Didakwa Curi Kereta Isteri Baharu ND Lala, Fauziah Dedah Bukti! Netizen Komen: “Layan Anak Macam Orang Luar”

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dedah Kisah Sebenar! Dakwa ND Lala Nikah BFF Anak pada 2019 & ‘Penyondol’ Hilangkan Diri Dari Keluarga Sejak 2016?

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Sokong Ibu Kahwin Lagi, Fauziah Sarman Harap Tak Jumpa Jodoh ‘Bod*h’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Feb 2020
Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Thu, 15 Dec 2022

“Kenapa Ronaldo Tak Masuk Morocco Je?” – Soalan Neelofa Terhadap PU Riz Buat Netizen Terhibur

Bagi peminat Piala Dunia, sudah pasti akan tahu mengenai pasukan Maghribi atau Morocco yang telah berjaya menewaskan pasukan Portugal di stadium Al-Thumama dan layak ke separuh akhir, baru-baru ini. Rata-rata peminat Portugal kecewa dengan kekalahan […]

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Mon, 17 May 2021

“Selagi Tiada Rasa, Mana Mungkin Boleh Melupakan” – Intan Saleh Luah Perasaan Setelah Bersua Dengan Izreen Azminda?

Pelakon Izreen Azminda dan bekas isteri kepada suaminya, Intan Saleh akhirnya dipertemukan setelah empat tahun dalam program Melodi Raya yang bersiaran semalam. Menerusi Instagram Izreen, aktres itu memuat naik foto bersama Intan berserta kapsyen ‘memohon […]

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

陈美娥开拍电影《幸福密码》港星林文龙加盟

「阿姐」陈美娥开拍公益电影《幸福密码》,力邀「型男」林文龙加盟齐献爱心。

error: Content is protected !!