Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 16, 2023 @ 4:31pm

Syada Amzah Sokong Ibu Kahwin Lagi, Fauziah Sarman Harap Tak Jumpa Jodoh ‘Bod*h’

Penyanyi Syada Amzah menyokong keputusan ibunya iaitu Fauziah Sarman sekiranya ingin mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Menerusi siaran langsung di TikTok Syada, dia percaya bahawa jodoh telah ditentukan oleh Allah SWT.

“Sumber kekuatan mama adalah anak-anak. Saya okay saja, tak ada masalah kalau mama jumpa jodoh baru. Kalau namanya jodoh kan,” ujarnya.

Pada masa sama, Fauziah yang turut bersama Syada berseloroh mengatakan agar jodoh yang dipertemukan bukan daripada kalangan orang yang ‘bodoh’.

“Cuma harap tak jumpa yang bodoh,” selorohnya.

Terdahulu, Fauziah mengumumkan di Instagram miliknya bahawa dia sudah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.

Menerusi hantaran tersebut, Fauziah memaklumkan lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid namun hanya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.

Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nurshahila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

ARTIKEL BERKAITAN: 35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 13 Jul 2019

大马女神林明祯与泰国鲜肉TUL组CP!朱咪咪自认NG王

《新年泰疯狂》齐聚马新港泰大咖云集!大马女神林明祯与泰国鲜肉TUL组CP,朱咪咪自认是NG王~

Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Hanya Bergurau, Elly Mazlein Tak Marah Dengan Gelaran ‘Janda’

Kak Lina Pom Pom memang seorang yang sangat ‘chill’!

Trending Fri, 15 Jan 2021
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Nama Belum Dikenali, Muna Shahirah Tak Mahu Mengalah!

Saya percaya, Allah menguji saya terlebih dahulu sebelum kerjaya saya berjalan lancar…

Hiburan Fri, 2 Aug 2024
Featured Wed, 16 Jun 2021

Jaringan Internet Lemah, Pelajar Terpaksa Buat Sesi PdPR Atas Tanah

Setelah kisah gadis berusia 21 tahun,  Veveonah Mosibin yang terpaksa menduduki peperiksaan atas talian di atas pokok demi mendapatkan jaringan internet di kawasan pedalaman rumahnya mendapat perhatian ramai. Terbaharu, muncul pula kisah sekumpulan pelajar dari […]

Featured Mon, 19 May 2025

Tempoh Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Hukuman terhadap kes amang seksual pendakwah bebas, PU Azman dikurangkan kepada 12 tahun

error: Content is protected !!