Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dharnieya Nur Amelsa December 15, 2022 @ 7:58pm

“Kenapa Ronaldo Tak Masuk Morocco Je?” – Soalan Neelofa Terhadap PU Riz Buat Netizen Terhibur

Bagi peminat Piala Dunia, sudah pasti akan tahu mengenai pasukan Maghribi atau Morocco yang telah berjaya menewaskan pasukan Portugal di stadium Al-Thumama dan layak ke separuh akhir, baru-baru ini.

Rata-rata peminat Portugal kecewa dengan kekalahan pasukan kegemaran mereka, antaranya adalah pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh @lofa.world di TikTok, PU Riz meluahkan rasa kecewa yang dirasainya ketika siaran langsung.

“Nak kongsi kesedihan sikitlah sebab Ronaldo tak masuk final Portugal jadi sedihlah, kesian dekat dia.

“Walaubagaimanapun, kita tetap dengan orang Islam cumanya kita doakan jugalah supaya Ronaldo masuk Islam,” luah PU Riz dalam siaran langsungnya itu.

Secara tiba-tiba, isterinya, pengacara dan usahawan Neelofa datang bertanya kepada PU Riz.

“Kenapa Ronaldo tak masuk Morocco je?” tanya Neelofa kepadanya.

Sebaik sahaja mendengar soalan Neelofa, PU Riz seakan-akan pasrah dan menerangkan satu persatu kepadanya.

“Macam mana Ronaldo nak masuk Morocco, dia bukan orang Morocco,” katanya.

@lofa.world dia punya soalan tu🤣 biasa laa perempuan yg baru nk ambil tahu pasal bola🤣 #Neelofa #HarisIsmail #HarisNeelofa #FYP #fypシ ♬ original sound – lofa.world

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur mendengar soalan Neelofa yang kurang faham dengan topik yang dibincangkan.

Malah, ada juga segelintir netizen mengatakan mereka sama seperti Neelofa sekiranya ada yang bertanya mengenai hal bola sepak.

“Andai semudah itu Ronaldo masuk Morocco hahaha.

“Aku sama juga banyak tanya soalan leceh-leceh dekat adik lelaki aku pasal player football ni. Sampai malas dia nak layan.

“Hahahaha ingat aku je macam ni. Rupanya Lofa pun gini jugak hahahahaha.

“Sayalah tu jugak suka tanya pelik-pelik. Laki kata, dah pi tengok drama jelah tak payah tengok bola,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Jan 2025

Rizky Febian & Mahalini Nikah Semula, Perkahwinan Akhirnya Sah Di Sisi Agama

Pernikahan kali kedua Mahalini Rizky Febian kini sah

Trending Wed, 2 Jan 2019

「灾难级厨师」杰作!恐怖程度让你从此对自己厨艺更有信心

你对自己的厨艺完全绝望了吗?别这样啦,来看看这些网友们的烹饪成果,保证会让你信心大增!

Hiburan Fri, 16 Aug 2024

Persoal Kematian Abang, Aufahanie Selar Individu Sebar Fitnah Melampau!

Amboiii mulut, kesian arwah 😢 Janganlah buat sebarang spekulasi

Trending Tue, 3 Aug 2021
Hiburan Wed, 15 Jan 2025
Featured Mon, 10 Nov 2025

Ibu Hafiz Suip Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip iaitu, Halizawati Salleh, 62, dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Wed, 18 Apr 2018

BTS Gains More Fame While Impersonator Fools People on the Streets of Seattle

BTS continuously becomes more successful to the point where someone faked being one of the members.

error: Content is protected !!