Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 13, 2024 @ 3:56pm

Akhirnya Pilih Isteri Berlakon Dalam MV, Adam Lee Dedah Sukar Berurusan Dengan Rakan Artis?

Pelakon Adam Lee akui sukar untuk berurusan dengan segelintir rakan artis bagi penghasilan muzik video terbaharunya.

Memetik laporan Harian Metro, Adam akhirnya memilih untuk menampilkan isteri yang juga merupakan seorang pelakon, Sweet Qismina di dalam muzik video yang berjudul Izin.

Menurutnya, pada awalnya dia tidak mahu melibatkan isterinya kerana mahu bekerjasama dengan rakan artis lain dan sudah menyenaraikan beberapa artis yang sesuai.

“Namun, ia tidak dapat dilakukan kerana susah nak dapat kerjasama. Baru saya faham sekarang betapa susahnya untuk deal dengan rakan artis,” katanya tidak mahu mendedahkan siapa gerangan artis yang dimaksudkan tersebut.

Dalam pada itu, dia juga tidak mahu membuka aib sesiapa dan mengambil perkara itu sebagai satu pengajaran.

“Memang saya sendiri yang berhubung dengan mereka mempelawa kerjasama dalam muzik video itu.

“Ia juga pengajaran untuk saya supaya jangan mudah mengharap dengan sesuatu yang mustahil akan berlaku walaupun kita semua dalam industri yang sama,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jul 2024
Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Realiti Atau Publisiti? Alina Mentor Otai Mohon Bantuan

Ramai netizen menganggap bahawa isu seperti ini agak cliche untuk dibangkitkan lagi bagi meraih undi dan populariti. Al-maklumlah bagi mereka, rakyat Malaysia mudah termakan simpati.

Trending Fri, 6 Dec 2019
Hiburan Mon, 17 Jun 2019

《美丽生活节》622登场!一起「炭」索煤炭山

《美丽生活节》622登场!与八度空间艺人一起「炭」索煤炭山,度过温馨和有意义的双亲节。

Featured Sat, 10 Dec 2022

Akibat Ingin Sambung Belajar Ke Peringkat Sarjana, Farisha Iris Digelar ‘Andartu’

Penyanyi dan pelakon Farisha Iris pernah berhasrat ingin melanjutkan pelajarannya sehingga ke peringkat ijazah sarjana dan tidak mengambil remeh mengenai pendidikan biarpun memilih menjadi anak seni. Artikel Berkaitan: Bergelar Anak Seni Tak Jadi Penghalang Farisha Iris […]

Featured Thu, 25 Sep 2025

Duet Lagu ‘Ruang Baru’ Bersama Barsena Bestandhi, Netizen Puji Vokal Aina Abdul Mendamaikan

Rata-rata warganet memuji vokal Aina yang tenang dan mendamaikan.

Events Thu, 6 Feb 2020
error: Content is protected !!