Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 17, 2022 @ 2:24pm

“Dulu Ramai Anggap Aplikasi Ini Kebudak-Budakan” – Aeril Zafrel Digelar Presiden TikTok?

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel mengakui ramai pengikut yang memberikan gelaran ‘Presiden TikTok’ kepadanya.

Memiliki lebih dua juta pengikut di aplikasi terbabit, Aeril mengakui TikTok dipandang sebelah mata ketika ia mula popular di Malaysia.

“Saya tak pernah cakap saya Presiden TikTok, gelaran itu diberikan oleh ramai pengikut memandangkan saya aktif di platform terbabit.

“Sewaktu pandemik melanda dan semua berada di rumah gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan, saya mula rancak di platform terbabit.

“Saya akui dahulu ramai yang memandang aplikasi ini sebelah mata dan menyifatkan ia bersifat kebudak-budakan kerana kandungan yang dipaparkan.

“Saya malas nak ambil peduli sebab saya sendiri pun bosan di rumah, jadi saya sering memuat naik kandungan untuk menghiburkan peminat.

“Ada juga peminat mendedahkan mereka sanggup memuat turun aplikasi itu semata-mata mahu menonton kandungan yang saya hasilkan.

“Mungkin orang skeptikal dan anggap platform TikTok hanya untuk menari sahaja, tetapi ia banyak juga manfaat lain, seperti menyebarkan informasi, mempromosikan perniagaan dan menjana pendapatan. Lama kelamaan, orang boleh terima dengan platform ini,” katanya.

Aeril ditemui bersama isterinya, pelakon Wawa Zainal pada majlis pelancaran wangian Asmaradana keluaran Wawa Cosmetics x Rozyana, baru-baru ini.

Bekerjasama dengan pempengaruh TikTok popular, Rozyana Roslan yang mempunyai hampir lima juta pengikut, Aeril dan Wawa tak menafikan aplikasi terbabit memberi kesan positif kepada mereka.

“Aplikasi TikTok memberi kesan positif, lebih-lebih lagi kepada jenama dan perniagaan kami. Kerjasama dengan Rozyana memang sangat dinantikan kerana dia mempunyai ‘jenama’ yang kuat.

“Ini adalah kerjasama kedua kami bersama pempengaruh TikTok. Sebelum ini, kami pernah berkolaborasi bersama Nelysa Norazlan.

“Alhamdulillah, produk wangian itu sudah terjual 22,000 unit sebelum pelancaran rasmi dibuat dan ia memberikan impak yang sangat baik,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

T.O.P Being Investigated For Breaking Law As Public Service Worker

Big Bang’s T.O.P is currently under investigation again!

Featured Thu, 4 Jul 2024
Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Tanda Kebangkitan Baharu Dalam Industri Muzik, Sakura Band Kembali Dengan Album ‘RE:START’

Selepas berehat agak lama, kumpulan muzik tempatan Sakura Band kembali mewarnai industri dengan pelancaran album terbaharu berjudul RE:START

Hiburan Sun, 2 Mar 2025

Impian Kahwin 2025 Musnah… Saidah Kamarudin, Muntazar Ghufran Putus Tunang Sejak Oktober Tahun Lalu

Saidah Kamarudin dan Muntazar Ghufran putus tunang sejak Oktober tahun lalu.

Trending Fri, 7 Jan 2022

IGN SEA Mulakan 2022 dengan Squad Up: Athena, Memperkasakan Gamers Wanita di Seluruh Asia Tenggara

Memulakan tahun baharu, REV Media Group (RMG) melalui Rangkaian Permainannya, IGN SEA membawakan kejohanan e-sukan yang pertama untuk tahun ini dengan Squad Up: Athena khusus buat para wanita! Squad Up membuat penampilan sulungnya pada tahun […]

Featured Tue, 24 Dec 2024

“Selagha Atau Sehina Mana Pun, Tetaplah Doa Pada Allah”- Imbau Dosa Sepanjang 40 Tahun, Nazim Othman Kongsi Nasihat UAI

Hati saya pernah terjentik apabila saya merasakan hidup saya sudah tidak lama lagi di dunia ini – Nazim Othman

Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Events Tue, 2 Oct 2018

Sam Hui & Alan Tam to Make a Stop in Malaysia this December!

The Cantopop legends are coming to town.

error: Content is protected !!