Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana July 4, 2024 @ 3:24pm

Video Botak Kepala Cetus Sensasi, Mila Jirin Kongsi Keadaan Terbaru Nonny Nadhirah

Susulan video memperlihatkan pelakon dan penyanyi Nonny Nadhirah membotakkan kepala, penyanyi Mila Jirin tampil mendedahkan situasi yang berlaku terhadap rakan baiknya itu.

Memetik laporan Gempak, Mila berkata Nonny dalam keadaan baik sahaja selepas menghubunginya beberapa jam yang lalu, namun dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan penyanyi tersebut.

Tambah Mila, dia yakin rakan baiknya itu ada sebab tersendiri memuat naik video sedemikian.

“Saya dah tiada kata nak katakan apa-apa. Nonny dah dewasa dan sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

“Saya yakin Nonny mesti ada sebab kenapa memuat naik video tersebut. Kali terakhir saya berhubung dengan Nonny beberapa jam yang lepas, she is good and she is happy,” kata Mila.

Dalam pada itu, Mila sempat berkongsi idea dan kata-kata semangat bersama Nonny memandangkan rakan baiknya itu sedang mengusahakan perniagaan dalam talian.

“Saya berkongsi idea dengan dia dan memberikan kata-kata semangat tentang perniagaan online yang dijalankan sekarang ini. Saya yakin, ramai yang mendoakan Nonny.

“Saya juga tak terkecuali mendoakan yang terbaik pada Nonny,” ujarnya.

Semalam Nonny mengejutkan ramai pihak selepas bertindak memuat naik sepotong video memaparkan dirinya dengan imej botak.

Malah, penyanyi itu turut bertindak membuka baju dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak memotong rambutnya menggunakan mesin pencukur

Artikel berkaitan: Selamba Buka Baju, Botakkan Rambut… Imej Terkini Nonny Nadirah Raih Tanda Tanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 May 2018

Sarimah Ibrahim Jalani Rawatan IVF?

Sarimah berkata, dalam usia 40 tahun ini beliau berharap dapat menimang cahaya mata kerana tahap kesihatan Sarimah dan Suami berada dalam keadaan baik. Justeru itu, beliau juga turut berkongsi bahawa hasratnya untuk menjalani rawatan tersebut turut disokong oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Hiburan Sat, 21 Sep 2019

Tahniah…Zamani Dah Bergelar Suami!

Alhamdulillah…Akhirnya!

Featured Wed, 10 Sep 2025
error: Content is protected !!