Euforia Bola 2026
Filem By: Atiqah Johari February 9, 2024 @ 6:36pm

Angkat Adat Kepercayaan Kuno Kaum Minahasa, Filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ Mula Tayang 15 Februari Ini!

Perkataan ‘Waruga’ mungkin agak asing dalam kalangan orang Malaysia, namun ia bermaksud tempat persemadian mayat atau kubur orang yang meninggal dunia bagi kaum Minahasa yang wujud di Indonesia.

Mengikut kepercayaan Minahasa, jasad manusia yang meninggal dunia akan disemadikan di dalam Waruga dengan kedua-dua lutut dirapatkan ke dada seperti kedudukan bayi semasa dalam kandungan kerana dipercayai jasad berkenaan akan dilahirkan semula pada masa akan datang.

Melihat kepada keunikan kepercayaan tersebut, ia memberi inspirasi kepada D’ Ayu Pictures untuk menerbitkan sebuah filem berjudul Waruga: Kutukan Ilmu Hitam.

Filem arahan Azaromi Ghozali atau Romi berkata, idea untuk menghasilkan filem ini bermula dengan penceritaan seorang penulis bernama Gawar Sawba’yah mengenai kepercayaan kuno berkenaan.

“Pada masa sama, saya turut mempunyai sebuah idea cerita seram yang berkait dengan ilmu hitam dan pemujaan mayat, secara tak langsung ia berkait dengan tentang kepercayaan kaum Mihanasa ini. Jadi saya gabungkan dua idea ini maka terhasilnya filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam.

“Filem ini menceritakan tentang ilmu hitam serta pemujaan untuk membangkitkan semula jasad orang yang telah mati. Saya memilih tajuk Waruga ini sebagai simbolik dan inspirasi kepada upacara kelahiran semula mengikut kepercayaan Minahasa.

Katanya lagi, beberapa adegan yang dipaparkan dalam filem itu tidak dipaparkan dengan terlalu ekstrim kerana terikat garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) demi menjaga sensitiviti masyarakat.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menjejaskan jalan cerita dan babak- babak yang dirasakan tidak sesuai setelah diringankan agar sesuai untuk ditonton dan berjaya mendapat rating P13.

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 15 FEBRUARI 2024, Waruga: Kutukan Ilmu Hitam dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Datin Elvina Mohamad, Eriza Allya, Sahronizam Noor, Ustaz Dinie, Along Eyzendy, Izzue Islam, Ruminah Sidek, Nizam Kama, Adik Putri Amirah Maisara dan Adik Syed Irfan.

Untuk makluman, penggambaran bermula di sekitar Lembah Klang pada Mac 2021 selama 20 hari, Azaromi menyatakan Waruga bukanlah sekadar sebuah naskhah seram semata-mata.

Jelasnya, filem terbaharunya itu memberikan kelainan dengan menimbulkan banyak konflik hubungan yang diperkuatkan lagi dengan elemen seram.

“Untuk filem ini, saya menggunakan konsep ‘open ending’ supaya penonton boleh membayangkan sendiri apa kisah yang berlaku seterusnya.

“Apapun saya inginkan agar mereka yang menonton filem ini melihat dari sudut positif tentang mesej yang disampaikan, misalnya segelintir yang masih terpedaya dengan tipu daya iblis sehingga melakukan perbuatan yang sesat dan salam di sisi agama,” ujarnya.

Sementara itu, Penerbit D’ Ayu Pictures iaitu Dato Rosmarayu Mokhtar berkata, pihaknya tertarik untuk menerbitkan filem seram kerana genre ini adalah salah satu kegemaran penonton tempatan dan sering mendapat sambutan baik.

Ujarnya, selepas kali pertama menerbitkan filem seram Harum Malam, dia merasakan Waruga: Kutukan Ilmu Hitam yang menelan kos pembikinan sebanyak RM1.8 juta menampilkan sebuah jalan cerita yang menarik yang diinspirasikan daripada sebuah kepercayaan kuno.

“Sudah tentu sebagai seorang penerbit, pastinya saya mengharapkan filem ini mendapat sambutan hangat penonton, terutama kepada penggemar filem seram.

Dan buat masa sekarang saya telah dilamar oleh tiga syarikat pengedaran dari Indonesia bagi mengadakan tayangan serantak di sana. Filem Waruga juga bakal ditayangkan di negara Asean lain seperti Vietnam, Myammar, Singapura, Brunei dan Filipina.”

“Sekurang-kurangnya dengan kutipan memberangsangkan, mungkin filem ini nanti akan ada sambungan atau saya akan terus menghasilkan filem seram yang lain pula,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 8 Jan 2024
Trending Thu, 30 Jun 2022

[VIDEO] “My First Car Is Not For Me…” – Haneesya Hanee Hadiahkan Keluarga Kereta

Tahniah! Haneesya Hanee menghadiahkan keluarganya sebuah kereta.

Hiburan Wed, 13 Nov 2024

Mantap! Nyalafest 2024 Himpun 8 Artis Terkenal Malaysia & Indonesia 30 November Ini

Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.

Featured Mon, 5 Jul 2021

Waktu Operasi Premis Makanan Kekal 6 Pagi Hingga 10 Malam

Waktu operasi premis makanan bagi fasa satu dan dua kekal bermula 6 pagi sehingga 10 malam seperti diumumkan sebelum ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan […]

Featured Tue, 4 Apr 2023

[VIDEO] Berbuka Puasa Bersama Keluarga, Netizen Bersyukur Keadaan Kamal Adli Semakin Baik

Alhamdulillah.. Syukur. Semoga pasangan ini dan keluarga sentiasa dalam perlindunganNya

Hiburan Mon, 10 Apr 2023
Featured Wed, 7 Apr 2021

Datuk Ramli MS Bakal Muncul Dengan Panggung Tok Ram

Kredibiliti pencinta muzik ternama tempatan, Datuk Ramli MS dalam dunia seni tidak dapat disangkal lagi dalam industri tanah air. Datuk Ramli MS akan muncul dengan Panggung Tok Ram iaitu sebuah platform yang dicetuskan untuk mencari […]

error: Content is protected !!