Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 1, 2023 @ 5:28pm

Wany Hasrita Dedah Wajah Anak, Kongsi Pengalaman Pertama Naik ‘Flight’ Dengan Aishah – “Memang Mencabar, Sekarang Dia Tengah…”

Penyanyi Wany Hasrita akhirnya terbuka untuk berkongsi wajah puteri sulungnya yang diberi nama Aishah Al Iman selepas empat bulan melahirkan cahaya mata.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Wany memberitahu pertama kali membawa Aishah menaiki kapal terbang ke Kuching, Sarawak.

Menurutnya, perjalanan menaiki penerbangan agak mencabar kerana anaknya merengek kuat di dalam kapal terbang.

“Semalam, saya balik ke Kuching, berdua saja dengan Aishah naik flight. MasyaAllah, Alhamdulillah Allah mudahkan, memang mencabar.

“Aishah merengek sikit. Sekarang ini dia tengah testing vokal. Terus go high pitch,” katanya.

Namun, bantuan daripada krew penerbangan dan penumpang lain memudahkan urusannya menjaga Aishah.

Malah, pelantun lagu Menahan Rindu ini akui gementar memandangkan dia hanya bergerak seorang diri.

“Alhamdulillah, walaupun sangat mencabar, tapi Allah mudahkan, Alhamdulillah orang sebelah pun sangat membantu, krew penerbangan pun banyak membantu.

“Kita dah lah jenis cepat nervous. Alhamdulillah Aishah, kita dah sampai Kuching. Sekarang ibu nervous nak bawa Aishah balik KL pula,” ujarnya.

Untuk rekod, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Aishah Al Iman pada 8 Julai lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 19 Oct 2023
Trending Fri, 1 Feb 2019

Google Dan Nasi Lemak, Apa Kaitannya?

Super cool! Google kini meraikan sarapan nombor satu rakyat Malaysia, Nasi Lemak!

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Hiburan Mon, 29 Aug 2022
Trending Thu, 11 Feb 2021
error: Content is protected !!