Euforia Bola 2026
Filem By: Khairil Khusyairi February 23, 2024 @ 6:25pm

Filem Janna Endoro Bukan Mahu Tunjuk Orang Kelantan Jahat, Tak Adil Jika Dipolitikkan – Pengarah  

Pengarah, Sham Jr menafikan naskah filem sulungnya yang berjudul Janna Endoro seolah-olah memberi persepsi buruk terhadap masyarakat khususnya di negeri Kelantan.

Bercakap kepada XTRA, Sham menjelaskan penghasilan filem tersebut adalah bagi memberi teladan tersendiri kepada masyarakat.

“Sebenarnya itu adalah realitinya, kita bukan nak tunjukkan orang Kelantan ini jahat, tidak.

“Tetapi saya hanya ingin tunjuk setiap kejahatan akan dapat balasannya.

“Ini kehendak skrip, kami dah lalui pelbagai fasa seperti pengubahan skrip dan inilah yang kita mahu dan buat,” katanya kepada pemberita.

Tambah Sham, dia berasa tidak adil baginya sekiranya filem tersebut dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia jelas hanya sebuah hiburan semata.

“Itu tidak adil kepada saya jika ia dipolitikkan.

“Ini adalah sebuah cerita yang direka berdasarkan kehidupan di Kelantan. Ia sekadar hiburan,” jelasnya.

Disoal apakah reaksi sekiranya karya sulungnya itu dilabel rasis, ini jawapan pengarah itu.

“Janganlah, sebelum kita hasilkan pun kita dah fikir segalanya. Tetapi kita tetap juga tunjuk budaya-budaya dan corak kehidupan di Kelantan.

“Kita tidak tunjukkan sesuatu yang rasis. Jangan,” jawabnya.

Dalam pada itu, Sham juga menafikan tanggapan bahawa pihak produksi seolah-olah membuat kritikan sosial melalui penghasilan filem yang mula ditayangkan di pawagam itu.

“Ada ayat-ayat yang dilontarkan seperti ‘me nate’ tetapi sebenarnya itu bukan mencarut tetapi ia bahasa yang digunakan setiap hari oleh rakyat Kelantan.

“Tiada kritikan sosial dalam filem ini, ini adalah hiburan semata-mata,” tutupnya.

Janna Endoro menampilkan barisan pelakon popular seperti Trisha Ooi, Pekin Ibrahim, Mohd Asrulfaizal, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan, Zoee Tan, Syed Aiman, Kamarool Hj Yusoff, Zalfa Zin, ZZ Zamrie dan Danie X-Factor.

Filem ini tampil berbeza apabila mengetengahkan wanita bernama Janna sebagai watak utama atau Hero, yang jarang-jarang berlaku dalam industri hiburan tanah air.

Janna sebenarnya mewakili nama watak wanita yang memainkan peranan utama iaitu hero filem ini, manakala Endoro adalah jenama motosikal scrambler Yamaha Enduro.

Filem Janna Endoro dihasilkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKD).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 May 2023
Events Wed, 31 Oct 2018
Hiburan Thu, 30 Nov 2017

NABILA RAZALI -TAYLOR SWIFT MALAYSIA, WHY NOT?

Kepada mereka yang tidak mengenali Nabila Razali, mungkin mereka sudah pernah mendengar desas- desus sejak beberapa hari ini berkenaan “kisah cinta” nya bersama Aedy Ashraf mahupun video viralnya yang dikatakan “meroyan” kerana ditinggalkan kekasih. 

Featured Thu, 26 Jun 2025

“Perkara Itu Sudah Lama, Tidak Ada Kaitan Dengan Mereka” – AC Mizal

Datuk AC Mizal mengambil keputusan untuk mengikut saluran yang betul mengenai isu yang diketengahkan.

Featured Sat, 23 Aug 2025
Hiburan Wed, 13 May 2026

Tunai Rukun Islam Kelima… Anak Sulung Berderai Air Mata Iringi Keberangkatan Tomok, Lisa Surihani Berkorban Tinggalkan Keluarga

Dalam sedutan video yang viral di media sosial, Datin Lisa Surihani berkongsi makna pengorbanan yang paling besar.

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Terima DM Seakan Tidak Puas Hati, Shikin Maembong Dedah Individu Ejek Mata Cacat!

Allahu apa masalah dia eh? Tak kena dekat batang hidung sendiri berani lah kan

error: Content is protected !!