Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 1, 2023 @ 3:45pm

Sambut Birthday Jebat Jayden, Kapsyen Sharnaaz Ahmad Sentuh Hati Netizen – “Berjurai Baca..Forever Baba’s Boy”

Aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian warganet apabila foto dia bersama anaknya iaitu Jebat Jayden mencuri tumpuan di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sharnaaz memuat naik foto dia bersama Jayden sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran puteranya itu semalam.

Lebih comel, gaya dua anak beranak itu kelihatan sangat ‘sempoi’ apabila masing-masing mengenakan baju berwarna sama.

Di ruangan kapsyen, pelakon filem Polis Evo 3 itu menitipkan ucapan yang menyentuh hati buat anakanda yang kini mencecah usia 5 tahun.

“Dear Boy, Baba sayang boy in everything baba buat dalam life.. baba kerja kuat pun untuk boy.. supaya boy boleh hidup senang, tapi kena ingat, susah itu pun satu nikmat, nikmat untuk terus berjaya.

“Baba nak ada dengan boy sampai boy dah tak perlukan baba dah, tapi boy tetap akan jadi little slipknot baba for the rest of my life.

“Nanti dah besar jangan malu kalau baba jalan slow, baba cakap ulang ulang macam baby sekarang.. nanti dah pandai baca, baca balik apa yang baba tulis ni naa.. Jangan malu bila baba dah tak selincah sekarang naa.. Baba love you always sayang baa,” tulis Sharnaaz.

Menjengah ke profil Jayden pula, foto ibunya iaitu Noor Nabila bersama Sharnaaz dan Jayden turut dimuat naik.


Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut turut tersentuh dengan ucapan Sharnaaz kepada Jayden malah ramai turut mengalirkan air mata dek kerana tulisan tersebut.

Untuk info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Namun, membuat keputusan untuk bercerai pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Adam Shahz Bawa Grab Untuk Lakonan Atau Cari Makan

Selain ia menambah pendapatan, sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa tanpa berbuat apa-apa kalau tiada tawaran berlakon”

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
OMG Sun, 12 Jun 2022

“Melampau Sangat Ni” – Menari Aksi Twerk, Sabronzo Dolla Dikritik Netizen

Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo menerima kecaman netizen selepas melakukan aksi tarian yang dianggap tidak bersesuaian. Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh Sabronzo atau nama sebenar Sabrina Rusli, 27, wanita itu menari tarian ‘twerk’. @sabronzooooparty […]

Featured Sat, 23 Aug 2025
Hiburan Mon, 6 Oct 2025
FESYEN Wed, 14 Aug 2019

Fazura’s Spilling Tea on E! News About Fattah’s Fashion

The fashion starlet, Fazura reveals her individuality through her fashion picks and thoughts

Trending Wed, 5 Aug 2020
Hiburan Mon, 28 Aug 2023

Tak Sempat Pergi Honeymoon, Ainul Aishah Bengang Kena ‘Sound’ Sebab Pentingkan Diri?

Lahhh kenapa pulak nak kacau orang nak pegi honeymoon ni?

error: Content is protected !!