Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 27, 2023 @ 8:06pm

[VIDEO] Bijak! Reaksi Jebat Jayden Buat Warganet Kagum – “Humble Sampai Besar Tau”

Anak kepada aktor Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya iaitu Noor Nabila, Jebat Jayden sekali lagi meraih perhatian warganet di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna memuat naik sebuah rakaman yang memaparkan Jayden bersama ibunya sedang berborak bersama.

Dalam rakaman tersebut, Jayden tampil mengenakan bag sandang sambil ibunya bertanya adakah bag tersebut mempunyai wang. Lalu Jayden membalas dengan mengatakan terdapat banyak wang didalamnya

“Salam Jumaat kepada semua…ada.. banyak (duit).

“Saya tak kaya sangat..saya biasa saja. Kita orang biasa je” ujar Jayden.

@fidermanjj Kite tak kaye sangat😁#kredit2noornabila #kredit2jebatjayden ♬ original sound – fidermanJj

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap gelagat comel Jayden itu. Malah, ada juga yang memuji sikap merendah diri Jayden biarpun masih kecil.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian comel itu telah meraih hampir 600,000 tontonan dan lebih 38,000 tanda suka.

Untuk info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Namun, membuat keputusan untuk bercerai pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Jun 2021

Kebenaran Rentas Negeri 2021 Dijangka Bermula Pada…

Berdasarkan statistik yang dikongsikan di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada Isnin, Malaysia kini telah mencapai tahap 100 peratus sasaran vaksinasi di Selangor dan Putrajaya. Justeru, ramai yang mempersoalkan mengenai kebenaran […]

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
Featured Thu, 26 May 2022
Hiburan Mon, 4 Aug 2025
Hiburan Tue, 4 Feb 2025

[VIDEO] Uqasha Senrose Geram Ada Yang Nak Try Kamal Adli, Siap Tanya Soalan: ‘Dah Jadi Janda Ke?’

Uqasha Senrose live dengan Kamal Adli, tepis dakwaan rumah tangga bergolak

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

萧秉治正式回归《爱过你有多久就有多痛》唱进人心

终结三年等待,走出黑暗幽谷,告别过去,经历内心风暴后重生的萧秉治,宣告正式回归!

error: Content is protected !!