Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 5, 2022 @ 12:10pm

Hun Haqeem Tak Kisah Dikritik Tentang Fesyen – “Cantik Tu Subjektif”

Pelakon Hun Haqeem tampil menyatakan dirinya tidak kisah jika dikritik tentang fesyen yang ditonjolkannya, kebelakangan ini.

Menurut Hun, dia tidak kerap membaca komen-komen yang telah dilemparkan oleh netizen berkaitan fesyen yang sering diperagakannya di media sosial.

Malah, pelakon itu juga menyatakan setiap fesyen yang ditonjolkan itu hanya sekadar mengikut keperluan semasa sesi penggambaran.

“Kalau untuk gambar saya tak baca komen sangat sebab saya sibuk sangat dengan kerja. Jadi itulah salah satu sebab saya kurang bermain social media sekarang ni.

“Tapi untuk that specific post tu, biasalah tu kan fashion shoot, of course kita akan bereksperimentasi, explore untuk menjayakannya. Kalau shot tu jadi, jadilah.

“Saya lebih prefer tampil simple je macam pakai selipar dan seluar panjang pun saya dah okay. Tapi, bila kita photoshoot takkan lah kita nak buat benda tu juga. Of course kita akan cuba untuk menggayakan benda yang lain,” katanya.

Selain itu, Hun juga menyatakan dia telah menyerahkan seluruh kepercayaannya kepada penata gayanya, bahkan tidak kisah jika dirinya dieksperimentasi untuk tampil dengan fesyen yang menarik.

“Saya akan serahkan segalanya kepada stylist saya sebab kita hormat mereka punya vision. Lagipun, benda-benda yang cantik dan tak cantik tu bagi saya subjektif. Kalau kita rasa tak cantik, mungkin bagi kita je yang rasa begitu tapi orang lain tengok okay je.

“Jadi, sebabtulah saya selalu menjadi lebih terbuka dalam menerima pendapat sebab itulah tugasnya sebagai seorang stylist, kita percayakan dia.

“Kalau gaya yang kita pernah tampil tu tak sesuai, kita boleh ubah next time based on apa yang orang suka dan kita suka.

“Saya tak kisah untuk dieksperimenkan sebab mungkin kita boleh cipta kelainan yang baru ke yang bagus untuk semua orang. Saya akan gembira kalau orang tampil berpakaian yang menarik tapi janganlah selak-selak,” katanya.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Hun ketika ditemui pada majlis sidang media Viu Upfront 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

LHDN Arah Datuk Vida Bayar RM 4.6 Juta!

Dalam penyataan tuntutan LHDN itu, Hasmiza atau dikenali Datuk Seri Vida dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

张祖诚比赛唱一半中断!全场评审傻住

大马创作歌手张祖诚在24日播出《不凡的改变》中,致敬周蕙《好想好好爱你》,他的微醺嗓音,让所有评审包括原唱周蕙都按铃通过。没想到当最后一位评审按铃,全场灯亮时,张祖诚却突然停下来傻笑,引起现场一片惊呼。

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Wed, 22 May 2019
Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Hiburan Tue, 20 May 2025

[VIDEO] Tersasul Gelar Isteri Fattah Amin, Isteri Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Amira Othman

Datin Shahida mohon maaf secara terbuka tiada maksud gelar Amira Othman isteri Fattah Amin

Selebriti Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Wed, 19 Feb 2025

Keluarga Celebrate Sang Juara, Marsha Milan Sebak… Netizen Komen: “Bertuah Dapat Mentua Yang Sangat Baik”

Marsha yang gagal menahan sebak duduk dikerusi sambil memeluk anak saudaranya.

error: Content is protected !!