Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 19, 2025 @ 4:04pm

Keluarga Celebrate Sang Juara, Marsha Milan Sebak… Netizen Komen: “Bertuah Dapat Mentua Yang Sangat Baik”

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Marsha Milan sekali lagi mencuri perhatian selepas kemenangannya di AJL baru-baru ini disambut dan diraikan oleh ahli keluarganya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Marsha kelihatan hadir bersama ahli keluarganya disebuah restoran sebelum lagu Hening Rindu dimainkan sebagai lagu latar sempena majlis meraikan kemenangannya itu.

Video berdurasi 47 saat itu memperlihatkan Marsha yang gagal menahan sebak duduk dikerusi sambil memeluk anak saudaranya.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, tindakan ibu mentuanya yang datang mencium dan memeluk Marsha membuatkan rata-rata tetamu yang hadir berasa sebak.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganrt memuji layanan dan sikap baik ahli keluarga mentuanya.

Dalam pada itu, Marsha menerusi hantaran di Instagram Story miliknya turut berkongsi semula video berkenaan sekaligus mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail yang bersusah payah menyediakan sambutan bagi meraikan kemenangannya bersama ahli keluarga.

“Kepada suami saya, terima kasih untuk kejutan yang secara tiba-tiba ni untuk meraikan kemenangan saya bersama keluarga. Even after two sleepless nights. I’ll be back soon.

“Tapi buat masa sekarang, izinkan saya menikmati kebahagiaan ini. What a journey these 20 years have been!,” tulis Marsha.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 May 2021

Polis Guna Dron Pantau Pematuhan SOP Hari Raya Di Kawasan Perumahan

Tahun ini merupakan tahun kedua buat seluruh umat Islam  menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan  akan menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di […]

Featured Wed, 1 Apr 2026

“Saya Tak Lakukan Sebarang Provokasi Selepas Bernikah ”- Marissa Dania Akui Tak Dapat Hak Sebagai Seorang Isteri Secara Adil

Marissa mengakui apa yang berlaku adalah khilafnya sekali gus memberi bayangan bahawa dia juga tidak dilayan secara adil.

Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Sun, 15 Dec 2019
Featured Sat, 13 May 2023
Featured Tue, 23 Feb 2021
Hiburan Wed, 17 May 2023
Trending Wed, 20 Dec 2017

WHAT WE CAN LEARN FROM DATUK JIMMY CHOO’S ‘RAG TO RICHES’ STORY

Datuk Jimmy Choo wasn’t born with a silver spoon in his mouth. He really worked hard to get to where he is today.

error: Content is protected !!