Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 24, 2024 @ 11:58am

Dihenyak Bertubi-Tubi Dengan Kecaman Netizen, Hana Ismail Reda… Anggap Penagguhan Kes Suami sebagai ‘Pinjaman’ Masa – “Allah Maha Baik”

Pengacara dan personaliti televisyen, Hana Ismail bersyukur apabila suaminya yang juga pendakwah bebas, Da’i Syed mendapat penangguhan daripada prosiding pelupusan kes rogol di sini, hari ini.

Katanya, sebagai manusia dia menyifatkan perkara demikian sebagai pinjaman masa yang diberikan kepadanya dan suami untuk menghabiskan masa bersama anak mereka, Sharifah Fatma Nour Jamlullail.

“Alhamdulillah syukur, sebagai manusia kita ni sebenarnya diberi pinjaman masa sebenarnya.

“Jadi saya nak habiskan masa saya bersama suami dan anak sebaiknya. Lega. Alhamdulillah,” katanya.

Mengulas lanjut, Hana turut memberikan respons  mengenai kecaman yang diterimanya sebaik sahaja suaminya itu didapati bersalah pada 30 Ogos lalu.

Tegasnya, kecaman dan kata-kata makian yang diterima dianggap sebagai satu ujian sekaligus bersyukur dengan apa yang berlaku.

“Alhamdulillah, Allah SWT maha baik. Sebenarnya tak semua orang mampu untuk berdepan dengan dugaan ini.

“Pada mereka mungkin kami tak layak… tapi mungkin kerana ihsannya tinggi, akhlaknya baik jadi alhamdulillah,” kongsinya ringkas.

 

Pada Isnin, kelibat Hana di Mahkamah Sesyen Shah Alam secara bersendirian mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, Hana yang berada di lokasi sama ketika pempengaruh Aisyah Hijanah dan Alif Teega dibicarakan mengejutkan ramai pihak apatah lagi dia turut berada di kaunter pembayaran ikat jamin.

Difahamkan juga, Hana yang hadir dengan memakai jubah dan berkaca mata hitam itu dipercayai berada di kaunter pembayaran ikat jamin selama 15 minit.

Bagaimanapun, ketika pihak media bertanyakan soalan, Hana enggan memberikan jawapan lanjut, malah bergegas ke kenderaan miliknya.

Selain itu, nama Hana mula menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas video mengenai kenyataannya mempertahankan suaminya tular semula di platform media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Man’s First Impression of Remy Ishak: “I Thought He was Just a Random Bangla…”

It was during prayers in Wangsa Walk’s surau when he saw Remy Ishak.

Featured Wed, 24 Jun 2026

“Ini Bukan Soal Siapa Menang Atau Kalah…” – Kakak Umisya Mazlan Doa Yang Terbaik Buat Marissa Dania

Ujian rumah tangga bukan pertandingan untuk melihat siapa yang kekal dan siapa yang pergi” – Kaka Umisya Mazlan

Kes Mahkamah Wed, 10 Jan 2024

Kes Ebit Lew: Temui 90 Foto, 3 Video Lucah Dalam Telefon… 17 Daripadanya Foto Kemaluan Lelaki!

Dalam telefon bimbit ini saya telah menemui 90 gambar dan tiga video yang disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain – Saksi kelapan

Events Fri, 10 Jun 2022
Featured Fri, 21 Dec 2018
Eat Travel Fri, 3 Feb 2023
Trending Wed, 6 May 2020
Cahaya Mata Thu, 1 Dec 2022
Featured Thu, 9 Feb 2023

[VIDEO] “Tolong Eh, Jangan…” – Zizan Razak Marah Individu Tanya Soal Khai Bahar Pada Hawa Rizwana?

Amboiii Zizannn, kalau suka bagi tahu terus 🤪🤪 Nanti terlepas.. Hihiii

error: Content is protected !!