Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2026 @ 8:51pm

“Ini Bukan Soal Siapa Menang Atau Kalah…” – Kakak Umisya Mazlan Doa Yang Terbaik Buat Marissa Dania

Susulan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa yang mengesahkan pempengaruh media sosial, Aslam dan Marissa Dania Hakim bukan lagi suami isteri selepas prosiding pengesahan lafaz cerai serta rujuk, kakak kepada Umisya Mazlan tampil memberikan respons.

Katanya menerusi perkongsian di Threads, apa yang berlaku adalah ujian dalam rumah tangga adiknya dan ia bukannya soal menang atau kalah.

“Dalam kisah ini, bukan soal siapa pemenang dan siapa yang kalah. Ujian rumah tangga bukan pertandingan untuk melihat siapa yang kekal dan siapa yang pergi.

“Ada perkara yang meninggalkan luka, mengubah kehidupan dan mengajar kita tentang sabar, reda dan memandangnya sebagai satu jentikan dari Allah yang Maha baik. Yang sentiasa mempunyai hikmah di sebalik jalan penceritaan-NYA, sedang kita tidak menegtahui melainkan Allah SWT yang maha mengetahui,” katanya.

Mengulas lanjut, kakak kepada Umisya mengakui, bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan khilaf sekali gus menitipkan doa yang terbaik buat Marissa dan berharap wanita itu diberikan ketenangan, kebahagiaan dan  meneruskan kehidupannya dengan hati yang lapang.

“Dan untuk kamu, Kakya juga mendoakan yang baik-baik buat kamu. Kamu masih sangat muda, perjalanan hidup kamu masih panjang.

“Semoga Allah mengampuni segala khilaf, membimbing langkah kamu ke jalan yang lebih baik, mengurniakan ketenangan hati dan menemukan kebahagiaan yang Allah Redhai.

“Kerana pada akhirnya, kita semua adalah manusia yang sedang belajar, melakukan kesilapan dan berharap kepada rahmat Allah SWT.

“Bukan tentang siapa menang. Bukan tentang siapa kalah. Tetapi tentang siapa yang kembali kepada Allah dengan hati yang lebih baik daripada semalam,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Aug 2023
Featured Wed, 25 Jun 2025

Gagal Tahan Sebak, Syed Saddiq Dilepas Bebas Dari 4 Pertuduhan

Syed Saddiq akhirnya bebas dari pertuduhan.

Trending Thu, 27 May 2021

Tarikh Bayaran i-Sinar Bermula Awal Jun Ini!

Boleh check tarikh bayaran nanti…

Trending Tue, 20 Aug 2019

Start Your Voting Now Because The Finalists for ABPBH 32 is Here!

The heated and long-anticipated 32nd Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) finally announced the top 5 finalists for 20 categories that’ll soon be competing!

FESYEN Wed, 14 Aug 2019

Fazura’s Spilling Tea on E! News About Fattah’s Fashion

The fashion starlet, Fazura reveals her individuality through her fashion picks and thoughts

Hiburan Mon, 19 Feb 2018

BELUM TENGOK DAH KUTUK, ALIFF SYUKRI NAIK ANGIN

Dalam masa sama, Aliff meminta netizen memikirkan perasaanya dan tidak menganggap dirinya sebagai tunggul.

Featured Tue, 13 Dec 2022
Hiburan Sun, 18 May 2025

Prihatin Kebajikan Haiwan, SAYS Lancar Kempen ‘Furever Friends’

Furever Friends merupakan kempen untuk membina masyarakat Malaysia yang lebih penyayang dan prihatin terhadap haiwan, baik yang dipelihara mahupun yang terbiar.

Featured Tue, 29 Aug 2023
error: Content is protected !!