Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 18, 2025 @ 7:25pm

Prihatin Kebajikan Haiwan, SAYS Lancar Kempen ‘Furever Friends’

SAYS kini tampil dengan inisiatif terbaharu bertajuk Furever Friends, sebuah kempen yang digerakkan untuk membina masyarakat Malaysia yang lebih penyayang dan prihatin terhadap haiwan, baik yang dipelihara mahupun yang terbiar.

Isu kebajikan haiwan di negara ini kian meruncing, dengan angka penderaan yang terus meningkat saban tahun. Berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Veterinar, lebih 7,600 kes penderaan haiwan telah direkodkan antara 2021 hingga 2024, dengan negeri Selangor mencatat jumlah tertinggi.

Anjing mendahului senarai sebagai haiwan yang paling banyak menjadi mangsa penderaan, diikuti oleh kucing, kuda, arnab, burung, dan lembu. Malah, penderaan turut melibatkan haiwan eksotik dan peliharaan lain seperti ayam, hamster, kambing, guinea pig, angsa, ikan, itik, kura-kura serta ular dan ini hanyalah kes yang dilaporkan secara rasmi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAYS (@saysdotcom)

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa insiden menyayat hati melibatkan kekejaman terhadap haiwan telah mencetuskan kemarahan ramai. Antara yang menjadi perhatian termasuk kes pembunuhan anjing jalanan bernama ‘Kopi’, rakaman tular seekor anjing dibakar hidup-hidup, serta kejadian lelaki memasukkan kucing ke dalam guni di Cheras.

Sebagai maklum balas terhadap situasi ini, kempen Furever Friends diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai, mendesak agar undang-undang kebajikan haiwan diperketatkan dan membantu haiwan-haiwan mendapatkan perlindungan serta tempat tinggal yang lebih selamat.

Bermula dari 13 Mei hingga 31 Julai, kempen ini dijayakan melalui kerjasama antara SAYS, JUICE, Fly FM dan Lumi News. Ia turut mendapat sokongan daripada organisasi kebajikan haiwan terkemuka seperti A Dog’s Life, Paws Animal Welfare Society (PAWS), Society for the Prevention of Cruelty to Animals Selangor (SPCA) dan Trap-Neuter-Release-Manage Malaysia (TNRM Malaysia).

Antara komponen utama kempen ini adalah laman khas yang memuatkan pelbagai kandungan seperti:

  • Berita Semasa: berkaitan isu kebajikan haiwan
  • Artikel Informasi: mengenai cabaran dan penyelesaian dalam penjagaan haiwan
  • Video Menyentuh Hati: tentang hubungan istimewa antara manusia dan haiwan
  • Nasihat Pakar: daripada golongan profesional mengenai pemilikan haiwan

Turut disediakan ialah ruangan khas untuk para pencinta haiwan berkongsi gambar dan kisah menarik tentang haiwan peliharaan mereka, dengan peluang untuk disiarkan di platform kempen ini.

Menurut Ketua Kandungan SAYS, Gowri Chitra Martin, Furever Friends bukan sekadar kempen biasa, sebaliknya ia adalah satu gerakan menyeru masyarakat agar lebih peka dan bertindak.

“Kes-kes yang memilukan ini mengingatkan kita kenapa kempen seperti Furever Friends amat diperlukan. Setiap kebaikan, walau sekecil mana pun, membawa kita lebih dekat ke masa depan di mana setiap haiwan rasa selamat, disayangi dan dihargai,” katanya.

Tambahnya lagi, Furever Friends menyasarkan penglibatan daripada semua pihak—termasuk pencinta haiwan, aktivis serta masyarakat umum—dalam mencipta perubahan yang bermakna. Kempen ini juga mendesak agar undang-undang kebajikan haiwan diperkasa dan pelaku penderaan dikenakan tindakan yang lebih tegas.

“Haiwan juga berhak untuk dilindungi, dan tiada siapa patut terlepas apabila menyakiti mereka,” katanya.

Untuk menyertai dan mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, orang ramai boleh melayari: http://says.com/fureverfriends, dan ikuti perkembangan terkini menerusi Instagram dan TikTok SAYS.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Tue, 18 Jun 2024
Featured Wed, 18 May 2022
Hiburan Tue, 1 Oct 2024

“Bila Berdiam Diri Banyak Spekulasi Timbul Hingga Jadi Fitnah” – Marissa Dania

Kadang kala perlu bersuara juga kan demi pertahankan diri

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

Fattah Amin, Fazura Sebenarnya Sudah Bertunang

Bertunang sudah sebenarnya tetapi dirahsiakan agar tidak menganggu ibadah umrah kami

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

This Female K-POP Idol Actually Wants to GAIN Weight!

She said she’s 50kgs but wants to gain more.

Featured Wed, 21 Apr 2021

‘Selamat Hari Jadi, Dr Noor Hisham’ !

Sempena ulang tahun Tan Sri Datuk Sri Noor Hisham Abdullah yang ke 58, orang ramai hari ini membanjiri ruangan komen di laman Facebook beliau. Meninjau di laman Facebook, rata rata orang ramai mendoakan agar Dr […]

Hiburan Tue, 1 Oct 2019

Azrinaz Kongsi Saat Melahirkan Areesya Malaykha

Pengalaman yang sungguh berharga!

error: Content is protected !!