Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 18, 2024 @ 1:39pm

Bimbang Dituntut Di Padang Mahsyar, Ruhainies Minta Maaf Setulus Hati

Perkongsian pelakon sensasi, Ruhainies meraih perhatian selepas dia memohon maaf secara terbuka sekiranya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Ruhainies berharap agar semua pihak dapat menerima permohonan maaf setulus hatinya.

Ujar aktres drama rantaian Terjerat Cinta ini, urusan sesama manusia perlu ditanggungjawabkan sehingga tiba hari perhitungan di padang Mahsyar kelak.

“Untuk siapa pun yang pernah saya sakiti secara lisan mahupun sikap, mohon di maafkan ya teman-teman.

“Kalau pun ada sesuatu dari saya yang tidak kalian reda, mohon untuk keredaannya.

“Kerana berurusan dengan manusia akan diminta bertanggungjawab hingga hari perhitungan nanti.

“Maka dari itu saya minta maaf setulus-tulusnya agar nantinya kita tidak saling menuntut di hadapan Allah.

“Bila ada sesuatu dari kalian yang belum saya tunaikan seperti hutang terlewat ataupun janji sila ditagih melalui ruangan mesej (direct message),” tulisnya.

Ruhainies

Sebelum ini, Ruhainies dikatakan punca pergolakan rumah tangga bekas pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah selepas dirinya ditangkap khalwat dengan aktor berkenaan pada 9 Mac lalu.

Selepas sah bercerai talak satu dengan Aliff minggu lalu, Bella menerusi perkongsian di Instagram berterima kasih kepada bekas sahabatnya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan rumah tangganya.

Artikel Berkaitan: “Tahniah Kepada Bekas Sahabat Saya, Ruhainies Kerana Berjaya Runtuhkan Masjid Ini…” – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “Apa Lah Nasib Kita Kan, Terlalu Percayakan Pasangan Sampai Kita Terjerat Kat Sini” – Ruhainies

Artikel Berkaitan: Akui Khilaf Sendiri, Kesal Babitkan Rakan Sekerja Dalam Kes ‘Curang’… Ini Ucapan Aliff Aziz Kepada Ruhainies

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Haqiem Rusli Terluka Lagi…

Dalam masa sama, penyanyi yang baru menyambut ulang tahun ke 20, baru-baru ini memaklumkan ada di kalangan artis yang menghentamnya selepas pengumuman untuk bersara dibuat. Alahai…

Trending Sun, 31 Jan 2021

Arill Fesol Pertaruhkan “Bersangka” Demi Peminat

Wah, bakat baru dalam industri muzik 😍

Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Ustaz Azhar Idrus Ajar Seorang Wanita Cara Nak ‘Wefie’

Memang kelako ustaz ni.. Dengar cerita dulu UAI photographer yeke?

Featured Mon, 20 Jun 2022
Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Diaib Bekas Kekasih, Video Separuh B*g*l Tular – Shuk Sahar Bakal Fail Saman Fitnah

Pelawak, pengacara dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dalam proses untuk memfailkan saman fitnah terhadap bekas kekasih Shuk yang dikenali sebagai Fara Salleh. Memetik laporan Harian Metro, Shuk […]

error: Content is protected !!