Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 18, 2025 @ 6:07pm

“Mohon Jaga Batas, Saya Akan Selesaikan Isu Rumah Tangga Secara Peribadi”- Marissa Dania Hakim

Pelbagai tuduhan, kritikan dan makian diterima, anak kepada pasangan pelakon popular, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu, Marissa Dania Hakim akhirnya tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangganya seperti yang tular.

Kata Marissa, dia sendiri terkejut melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh  ibu, suami dan beberapa pihak lain mengenai rumah tangganya sekaligus mengaku akan menyelesaikan amsalah yang timbul secara peribadi tanpa melibatkan media sosial.

“To clear the air about what was said, saya juga sama seperti anda semua. Baru dapat tahu pasal semua kenyataan yang dikeluarkan itu.

“Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat. Tiada balas membalas di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Marissa juga mahu netizen serta pihak diluar sana menghormati situasi yang berlaku.

“Mohon hormati batasan kalian dalan hal ini ya.

“Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham,” kongsinya ringkas.

Marissa berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Threads miliknya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet tidak ketinggalan memberikan kata-kata nasihat terhadap tindakan Marissa.

Bahkan, ramai yang menegur sikapnya yang selalu mendiamkan diri tanpa memberi sebarang penjelasan hanya akan mengeruhkan keadaan dan membuka ruang kepada lebih banyak spekulasi serta salah faham.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Oct 2025
Featured Wed, 2 Oct 2019

Senaman untuk wanita pertengahan usia

Jangan biarkan usia menjadi penghalang untuk tubuh badan yang sihat

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Filem Mon, 9 Oct 2023
Featured Fri, 15 Aug 2025
Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Bawa Pulang RM100,000, Apex Tajudin Juara Mentor Milenia 2019

Saya juga berterima kasih dengan Mentor Hazama serta juri-juri tetap yang banyak memberi sokongan.

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Ibu Mertua Rugi Ratusan Ribu, Anzalna Sindir Siapa Di Instagram?

Jangan ingat lelaki je boleh buat kerja ni, perempuan pun hebat juga! Siapa yang teraniaya jangan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. Ish…siapa agaknya gerangan orang itu ya?

error: Content is protected !!