Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 4, 2025 @ 12:28pm

[VIDEO] Uqasha Senrose Geram Ada Yang Nak Try Kamal Adli, Siap Tanya Soalan: ‘Dah Jadi Janda Ke?’

Pelakon jelita, Uqasha Senrose mendedahkan ada individu yang secara terbuka meluahkan hasratnya mahu menggoda suaminya, aktor Kamal Adli.

Menerusi sesi sebuah video siaran langsung di TikTok yang disunting oleh netizen, Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, memaklumkan perkara demikian kepada Kamal.

“Encik Kamal Adli, semalam ada orang kata dia nak try awak. Dia tanya saya dah janda ke, single ke.. Saya tanya lah ‘kenapa awak nak goda saya ke Kamal Adli?’,

“Lepas itu, dia kata saya selalu post isteri tersakiti jadi ingat saya janda. Dia nak goda awak, tolong cakap dekat dia ni,” katanya.

Kamal yang sedang cuba mendodoikan anaknya, Hawra Uqaira hanya tertawa dan terdiam tidak tahu memberi respons terhadap pertanyaan isterinya itu.

@bestscenedramamovie

Terdiam Kamal tak tau nak jawap apa… 😂.. Penat baru balik kerja kot dan memang tak tahu nak response apa.. Haha… Walau Apa2 pun yang penting Hawra Uqaira happy ayah ibunya sentiasa ada je melayan kerenah comey dia. Selamat membesar dengan sihat ye baby Comel… Video kredit – kasha lovebirds @kamaladli @therealuqashasenrose #kamaladli #uqashasenrose #uqasha #uqashakamaladli #uqashasenrose92 #kamalxuqasha #kamaladli❤️uqashasenrose #uqashakamaladli #uqamal #uqamaljunior #uqaira #uqashakamaluqaira #hawrauqaira

♬ original sound – Best Scene Drama / Movie – Best Scene Drama / Movie

Bagaimanapun, sesi siaran langung tersebut seolah-olah menepis dakwaan mengatakan rumah tangga pasangan selebriti ini didakwa goyah apabila mereka dilihat masih mesra bersama.

Terdahulu, desas-desus mengenai rumah tangga Uqasha dan Kamal Adli menjadi perhatian dalam kalangan netizen apatah lagi aktres itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories nya turut mempersoalkan tentang siapakah gerangan individu yang menyebarkan tuduhan sedemikian.

Sekadar info, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Hawra Uqaira.

Artikel Berkaitan: Terus Kunci Mulut, Uqasha Senrose Enggan Komen Isu Rumah Tangga Didakwa Berantakan

Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Nafi Rumah Tangga Bergolak, Hanya Gaduh Manja Dengan Kamal Adli

Artikel Berkaitan: “Hargailah Isteri Yang Banyak Berkorban Besarkan Anak Tanpa Pertolongan Sesiapa” – Uqasha Senrose Nasihat Para Suami

Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Kesal Terpalit Dakwaan Rumah Tangga Bergolak – “Biar Orang Buat Kita, Allah Maha Adil”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Isu Lagu ‘Masuk Lagi’: Dr Afif Ridzwan ‘Backup’ Baby Shima, Pesan Jangan Cepat Hukum

Pempengaruh kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan tampil mempertahankan Baby Shima.

Hiburan Wed, 14 Dec 2022

Netizen Tanya Tips Dapat Suami Kacak, Ini Respons Lucu Maryam Durian Kimchi – “You Tanya Salah Orang…”

Sudah pasti ramai mengenali pempengaruh Maryam Younarae yang merupakan isteri kepada Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang sering mencuit hati dengan gelagat dan telatah lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian siaran langsung Maryam yang dimuat […]

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Tak Sengaja Sebar Gambar, Jurusolek Minta Maaf

Saya tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

‘Hilang Sengat’…Sofi Jikan Ke Penjara!

Mahkamah membenarkan Sofi menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.

Trending Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Marsha Selesa Tinggal Sebumbung Bersama Mentua

Marsha akui langsung tidak kisah tinggal bersama mentua.

Featured Tue, 20 Jan 2026

“Suara Perempuan Bukan Aurat, Fight Me!”- Ika Nabella Bukan Ajak Bergaduh Tapi Mahu Hujah

Ika juga tampil mengulas dengan lebih lanjut mengenai penggunaan frasa ‘Fight Me’ yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Hiburan Sat, 4 Oct 2025
error: Content is protected !!