Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 20, 2018 @ 11:40am

Tak Sengaja Sebar Gambar, Jurusolek Minta Maaf

Gara-gara tindakannya berkongsi gambar anak penyanyi Datuk Siti Nurhaliza di laman Facebook, dirinya terus dikecam netizen. Alahai…

Susulan kejadian itu, Wan Noor Akmal Wan Yusof ingin memohon maaf dan sedia berjumpa dengan penyanyi tersohor itu.

Wanita berusia 36 tahun yang juga jurusolek sambilan berkata, dia mendapat gambar dan video itu daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp sebelum memuat naik di Facebook.

“Saya hanya berniat nak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta memadam status berkenaan, ramai turut komen sama. Netizen mula mengecam saya.

“Ketika perkara itu kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak.

“Saya terkejut dan tidak menjangka perkara itu tular. Akhirnya, saya mengambil keputusan memadam dan mennyahaktifkan akaun Facebook buat sementara waktu,” katanya kepada Harian Metro.

Wan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang telah dilakukannya itu.

“ Saya tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

“Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya,” katanya.

Selepas beberapa jam gambar bayi perempuan itu tular, Wan mengambil keputusan memadam gambar itu bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Nov 2023

Bakal Jalani Pembedahan Jantung & Mata, Ebby Yus Rehat Seketika Daripada Industri

Berehatlah sekejap, kesihatan kan paling penting. Semoga cepat sihat yer ✨

Featured Tue, 26 Jul 2022

[VIDEO] Tampil Berhijab, Netizen Minta Isteri Caprice Berhenti Muat Naik Content Menari – “Tak Perlu Tayang Dah..”

Wahh, cantiknya isteri Caprice berhijab! Manis betul orangnya.. Semoga istiqomah

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Featured Mon, 8 Jun 2026

Individu Dedah Perangai ‘Miang’ Boyfriend, Hafreez Adam Respons Cara Elak Lelaki ‘Noty’ – “Minta Dia Berhenti Jadi B*doh”

Hafreez Adam tampil berkongsi pandangan peribadinya terhadap luahan seorang individu yang mendedahkan sikap kurang menyenangkan daripada teman lelakinya.

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Siapa Artis Ke Kelab Malam Pada Bulan Ramadan?

Kenyataan itu dilihat seakan-akan benar apabila status Eyka juga menunjukkan yang kononnya beliau berada di kelab tersebut.

Featured Thu, 18 Aug 2022
Hiburan Mon, 26 Nov 2018

等了4年!蔡依林新专辑「名称、风格」曝光

天后Jolin蔡依林能歌善舞稳坐流行音乐歌坛一姐宝座,日前她宣布好消息,即将推出睽违4年的新专辑!

error: Content is protected !!