Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 30, 2025 @ 1:20pm

Hazeeq Dean Enggan Komen Isu Foto ‘Comolot’ Dengan Pelakon Wanita – “Saya Tidak Mahu Menafikan Atau Menidakkan”

Pelakon, Hazeeq Deen akhirnya tampil memberi respons selepas tular foto dipercayai mirip dirinya bersama seorang pelakon wanita bercium di sebuah photobooth sejak Ogos lalu.

Namun begitu, Hazeeq atau nama sebenarnya Mohamad Haziq Nazimuddin, 28, memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan perkara tersebut, sebaliknya lebih selesa berdiam diri demi menjaga privasi semua pihak yang terlibat.

“Sejujurnya saya tidak tahu menahu tentang isu yang tular itu. Sejak mula berlakon, saya lebih fokus kepada kerja sama ada drama, filem mahupun perniagaan yang kini semakin berkembang.

“Saya tak ada apa nak komen sebab saya mahu jaga privasi semua orang. Saya juga tidak mahu menafikan atau menidakkan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Safira (Bukan Nama Sebenar) di Pavilion Damansara Heights, malam Rabu.

Hazeeq berkata, dia kini lebih memberi tumpuan terhadap perkara positif dan mahu terus maju dalam bidang seni tanpa terganggu dengan isu yang tidak memberi manfaat.

“Saya nak fokus pada benda yang boleh beri nilai tambah kepada diri sendiri, macam nak perbaiki mutu lakonan dan teruskan usaha dalam bidang seni.

“Kalau ada benda yang diviralkan, saya tak boleh kawal. Kita tiada hak nak halang orang daripada bercakap. Selagi saya boleh fokus pada kerja, saya rasa itu sudah cukup,” jelasnya lagi.

Ketika diajukan soalan mengenai status hubungan cintanya dengan pelakon wanita yang dikaitkan dalam isu berkenaan, Hazeeq menganggap perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

“Soal cinta, saya rasa itu terlalu privasi. Kalau satu hari nanti saya dah bersedia, saya akan kongsi.

“Buat masa sekarang, saya nak simpan untuk diri sendiri. Kalau ada yang membuat andaian, terpulang, asalkan bukan saya yang bercakap,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa foto yang memaparkan dua individu mirip selebriti tempatan bercium di photobooth sebuah pusat beli-belah.

Difahamkan, gambar tersebut ditemui secara tidak sengaja oleh pengunjung apabila ia tertampal bersama foto pelanggan lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Jun 2026
Featured Fri, 24 Apr 2026

“Saya Bangga Lihat Mamat, Wajah Dia Lebih Segar & Cara Bercakap Pun Berbeza” – Ajai

Ajai meluahkan rasa bangga apabila melihat perubahan positif rakan seperjuangannya, Mamat Exists yang kini bangkit daripada fasa terendah dalam hidupnya. 

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Selamat Tinggal Forteen, Izzue Islam Kini Bergerak Solo

Selepas tujuh tahun, Izzue Islam kini bergerak solo. Good luck Izzue!

Hiburan Fri, 27 Sep 2019
Trending Fri, 17 Dec 2021

Idris Khan & Intan Najuwa Bakal Hangatkan Drama Bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini Di Slot Samarinda TV3

Menyusuli Cukup Derita Itu, Saat Kau Takluk Cinta Ini akan mengisi slot Samarinda bermula 20 Disember 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang […]

Hiburan Thu, 23 May 2019

‘ Ya, Dia Teman Istimewa Saya’- Syafiq Kyle Mengaku Bercinta Dengan Mimi Lana

Saya belum berani untuk memberitahu hubungan kami serius untuk ke fasa seterusnya selagi belum membawa Mimi bertemu keluarga.

Featured Mon, 30 Jun 2025
error: Content is protected !!