Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 6, 2026 @ 7:48am

Hujan Raikan 20 Tahun, Konsert Besar Bakal Gegar Bukit Jalil

Kugiran indie terkenal tanah air, Hujan bakal meraikan perjalanan dua dekad mereka dalam industri muzik menerusi sebuah konsert berskala besar yang diberi nama HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN, yang dijadual berlangsung pada 27 Jun 2026 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sejak kemunculan mereka sekitar tahun 2005, Hujan berjaya mencipta fenomena tersendiri dalam industri muzik tempatan dengan membawa genre indie rock alternatif yang ketika itu dilihat berbeza daripada arus perdana. Album pertama mereka yang diterbitkan pada 2007 membuka laluan kepada penerimaan lebih meluas, sekali gus mencetuskan gelombang baharu dalam landskap muzik Malaysia.

Kugiran yang diterajui Noh Salleh bersama AG Coco, Hang Dimas dan Azham Ahmad, sebelum disertai Izzat Uzaini, terus kekal relevan dengan menghasilkan pelbagai karya popular seperti Pagi Yang Gelap, Aku Skandal, DugaanNya dan Bila Aku Sudah Tiada. Sepanjang perjalanan, mereka juga pernah meraih pengiktirafan termasuk kemenangan di Anugerah Industri Muzik ke-16.

Walaupun pernah melalui pelbagai cabaran, Hujan kekal konsisten menghasilkan karya berkualiti dengan sembilan album setakat ini, sekali gus meletakkan nama mereka sebagai antara rujukan penting dalam perkembangan muzik indie tempatan.

Pengasas ICON Entertainment, Iman Tang berkata konsert ini dianjurkan sebagai penghargaan terhadap perjalanan dan sumbangan besar Hujan dalam industri muzik.

“Dalam setiap fasa muzik Malaysia, akan muncul figura yang meninggalkan kesan besar dan Hujan adalah salah satunya.

“Mereka berani membawa muzik indie ketika genre lain mendominasi dan keberanian itu bukan sesuatu yang mudah.

“Kualiti, kreativiti dan semangat yang mereka kekalkan menjadi sebab utama kami menganjurkan konsert ini sebagai tanda penghargaan terhadap perjalanan mereka,” katanya.

Tambahnya, konsert ini dijangka menghimpunkan peminat setia yang dikenali sebagai Raingers dari seluruh Malaysia serta negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

Bagi Hujan sendiri, konsert ini bukan sekadar meraikan perjalanan mereka sebagai kugiran, sebaliknya sebagai penghormatan kepada keseluruhan ‘scene’ muzik indie yang pernah melalui pelbagai cabaran untuk diterima dalam industri arus perdana.

“Konsert ini bukan tentang Hujan semata-mata, tetapi tentang meraikan perjalanan pemuzik indie yang pernah berdepan pelbagai cabaran untuk menembusi industri.

“Dahulu muzik indie sering dipandang asing dan sukar diterima, tetapi kini kepelbagaian genre telah menjadikan industri muzik lebih berwarna.

“Itulah yang ingin kami raikan melalui konsert ini,” kata AG.

Dalam masa sama, Hujan turut menyifatkan konsert ini sebagai penghargaan terbesar buat peminat setia mereka, Raingers yang sentiasa menyokong sejak awal kemunculan mereka.

“Konsert ini sebenarnya tentang Raingers yang sentiasa bersama kami sepanjang perjalanan ini.

“Tanpa sokongan mereka sejak 2005, mustahil kami dapat bertahan sehingga hari ini.

“Kami ingin mengajak semua peminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini dan bersama-sama meraikannya,” katanya.

Konsert ini bakal menyajikan lebih 40 lagu daripada katalog Hujan, sekali gus menjadi sebuah perayaan muzik yang menghimpunkan perjalanan panjang serta evolusi mereka sepanjang dua dekad.

Tiket konsert ditawarkan dengan harga bermula RM158 hingga RM268 dan akan mula dijual pada 10 April 2026, jam 3 petang menerusi platform Ticket2U.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Sarah Yasmine Tuntut Didi & Bella Astillah Tunai Janji Tertangguh 2 Tahun – “I Am Sick & Tired Of This”

Sarah Yasmine mendakwa Bella Astillah & Didi Astillah masih belum tunai janji yang tertangguh selama dua tahun.

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

泰风来袭!泰国人气男团「SBFIVE」817来马会见粉丝

泰风来袭!泰国人气男团「SB FIVE」8月17日来马会见粉丝~

Hiburan Sun, 22 Apr 2018

Ain Edruce Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

Perkenalan tersebut dikatakan bermula dari dua tahun lepas itu melalui instagram miliknya. Walaupun belum bersedia mendedahkan identiti kerabat diraja berkenaan, Ain mengakui selesa berkawan dengannya.

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

快讯 | SHINee钟铉烧炭自杀身亡

韩国男团SHINee成员钟铉12月初才举办个人演唱会,但18日惊传死讯,据韩媒报导,他在清潭洞家中被发现,旁边有煤炭。

Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Featured Wed, 31 May 2023
Trending Sat, 5 Dec 2020
Featured Thu, 27 Mar 2025

Nafkah RM500 Sebulan Tak Mencukupi, Shakilla Khoriri Minta Fizi Ali Henti ‘Perli’ Bisnes Chili Oil

Shakilla Khoriri berharap bekas suaminya yang juga penyampai radio Hot FM, Fizi Ali berhenti memerli perniagaan ‘Chili Oil’ yang diusahakannya sekaligus tidak mahu ia dikaitkan dengan isu peribadi melibatkan anak mereka, Ameena Sofea.

error: Content is protected !!