Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 25, 2022 @ 8:58pm

Ridhuan Tee Jawab Isu Syafi Tee Bercium & Peluk Kekasih – “Benar, Iman Tak Dapat Diwarisi..”

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai anak pendakwah terkenal, Syafi Tee yang merupakan seorang pelakon mengenai sebuah video panas yang memaparkan aksi aktor tersebut berpelukan dan bercium denga kekasihnya.

Tidak berdiam diri, bapa kepada Syafi iaitu pendakwah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil bersuara bagi menjelaskan keadaan yang keruh itu.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Ridhuan menyatakan dia sedar dan tahu mengenai isu anak lelakinya yang menjadi sebutan ramai di media sosial.

Tidak terus melatah dengan tohmahan netizen, Ridhuan bagaimanapun meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan dan mengambil berat terhadapnya dan Syafi.

“Sehari dua ini heboh dan viral habis cerita tentang anak saya dan dilibatkan dengan saya. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat tentang saya dan anak saya. Ramai yang sayang saya dan keluarga saya.

“Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu. Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya.

“Benar sekali, iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna.

“Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina dina ini, tetapi saya telah melakukan yang terbaik, untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah. Saya pasrah,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Video Pelakon Lelaki Mirip Anak Pendakwah Terkenal Bercumbu Dengan Seorang Wanita.. Biar Betul?

Dalam pada itu, Ridhuan turut memberitahu bahawa anak keduanya itu amat meminati bidang seni hiburan, dan sebagai bapa, Ridhuan banyak menasihatinya meskipun mereka berdua berbeza dalam bidang seni.

“Syafi Tee, anak kedua ini lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar.

“Sebagai bapa saya telah menasihatinya tentang dunia seni, yang telah saya ceburi semenjak memeluk Islam, lebih 30 tahun. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni artis hiburan.

“Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan bidang seni hiburan boleh membawa kita ke syurga. Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa.

“Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hambaNya yang kerdil ini,” tulisnya.

Tambah penceramah bebas itu, dia tidak akan berhenti tugasnya sebagai seorang pendakwah bebas dalam memberi teguran dan mencegah individu yang melakukan kesalahan, biarpun imejnya sebagai pendakwa telah tercalar angkara perbuatan Syafie.

“Apa yang berlaku, tidak akan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan ini. Saya akan terus melaksanakan kewajipan saya sebagai seorang Muslim, menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, sama ada secara lisan mahupun tulisan.

“Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, meskipun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini, terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan, meskipun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri.

“Ini suatu ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Ujian ini akan terus mematangkan kita,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Mad August与刘力扬共筑音乐梦!合作单曲《一切都值得》

Mad August四人出道至今历尽无数风雨,日前有机会跨国找来刘力扬合作单曲 《一切都值得》!

Featured Fri, 26 Aug 2022

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Alamak, ni apa kes? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa individu ni sampai nak cancelled Fazura? Sendiri cari penyakit, kan dah kena kecam 😌

Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Mana Jumpa Papa Macam Ni? Limited!” – Netizen Cemburu Kekasih Zarina Anjoulie Beli Alat Solek

Untungnya Anjuu 🥰🥰 Boyfriend or husband korang sweet macam ni juga tak? Hihiii 🤪🤪

Trending Thu, 23 Jun 2022

“Kami Dah Sah Berpisah Tapi Tetap Berkawan” – Bad Indigo dan Ashira Tidak Lagi Bersama

Bad Indigo dan Ashira mendedahkan mereka tidak lagi bersama, tetap masih berkawan.

Hiburan Tue, 4 Mar 2025
Trending Mon, 4 Jan 2021

LCK 2: Khareez & Nadeera Muncul Juara, Jom Recap Episod Akhir!

Buat korang yang terlepas episod semalam, jom recap sekarang!

error: Content is protected !!