Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 13, 2024 @ 3:41pm

Nyanyian Adik Sering Jadi Bahan Kritikan Netizen, Shila Amzah Titip Nasihat Buat Syada Amzah

Penyanyi Shila Amzah memberi nasihat kepada adiknya yang juga penyanyi, Syada Amzah bahawa perlu berani dan belajar menerima kritikan daripada masyarakat.

Menurut Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, setiap penyanyi perlu sentiasa belajar memperbaiki diri demi memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan.

“Dalam industri ini kita sentiasa berada di posisi dalam proses pembelajaran. Ia perlukan banyak keberanian dan pengalaman untuk terima kritikan daripada masyarakat.

“Ia bukan mudah, tapi dalam masa sama, nasihat saya untuk Syada dan semua ialah untuk terima kritikan secara positif dan pastinya akan ada hasil yang baik untuk perbaiki.

“Seperti saya juga, saya kini hamil dan saya tak boleh lari daripada posisi di mana bila saya bersalin nanti saya perlu belajar semula teknik nyanyian sedia ada saya, kekuatan perut dan sebagainya untuk seorang penyanyi menyanyi dengan baik.

“Pada akhirnya, tak kisah lah berapa lama dalam industri, proses belajar itu tetap berterusan sampai bila-bila,” katanya.

Shila ditemui usai membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) di Axiata Arena, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shila juga berharap Syada dan semua pendatang baharu tidak berputus asa dan tidak lemah dengan kritikan daripada masyarakat sebaliknya teruskan belajar.

“Jangan putus asa, ia asam garam.

“Kalau ada rezeki, ada lah, tak semua dapat haluan destinasi hidup yang sama. Jadi ia perlukan banyak perancangan.

“Sekiranya pelan A tidak berhasil, mungkin adanya pelan B. Mudah-mudahan kepada Syada atau pendatang baharu di luar sana tak putus semangat dan terus belajar,” ujarnya lagi.

Shila diminta mengulas perkara tersebut apabila adiknya iaitu Syada Amzah sering menjadi perhatian sehingga dikritik netizen mengenai nyanyiannya yang dikatakan kurang memuaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Syada Amzah Cover Lagu Tagalog Pula, Ramai Puji Suara Sedap – “Boleh Wakil Negara Ke Asian Wave”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Syada Amzah Nyanyi Lagu Arab Dikritik, Netizen Kata ‘Bakat Yang Patut Dipendam’… Ramai Juga Puji Suara Sedap

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Mulut Masin ‘Haters’, Syada Amzah Dapat Tawaran Menyanyi Di Luar Negara?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Mar 2021

Pelakon Risteena Munim Sah Bergelar Isteri Isa Khan

Tahniah buat kedua mempelai, sama cantik sama padan❤️

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

BRAZILIAN PLASTIC SURGEON EXPLAINS HOW SCIENTIFICALLY PERFECT V’S FACE IS

Many people in the world already know just how handsome V of BTS is. But now it is scientifically proven too!

Trending Wed, 13 Jan 2021
Hiburan Thu, 26 Sep 2019
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

‘Flying Kiss’ Dua Lipa Hanya Untuk Hael Husaini?

Siapa sini, repeat video Hael lebih dari sekali angkat tangan!

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

“Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Lah”

Isu Baitulmaqdis: “Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Lah” kata Faizal Tahir Sambil Tag Trump & Netanyahu

Drama Thu, 28 May 2026

Adi Putra & Zara Zya Uji Kesetiaan Dalam ‘Luka Di Hujung Setia’

Drama bersiri Luka Di Hujung Setia bakal mengisi slot Akasia TV3 mulai 2 Jun depan dengan membawa kisah penuh emosi tentang pengorbanan, kesunyian dan keretakan rumah tangga yang hadir tanpa disedari.

error: Content is protected !!