Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir May 23, 2022 @ 4:14pm

“Saya Sangat Kagum Dengan Bakatnya…” – Ellie Suriaty Tidak Ada Masalah Untuk Bekerjasama Dengan Bekas Suami

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty mengakui hubungannya dengan bekas suami, Azri Iskandar masih baik walaupun mereka sudah berpisah.

Menurut Ellie, dia telah berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan bekas suami bagi memudahkan anak-anak mereka berjumpa.

“Kami masih jalinkan hubungan yang baik meskipun saya dah pindah rumah lain, tapi masih dekat. Senang lah untuk anak-anak datang kedua-dua rumah.

“Malah kami pun tiada isu berebut anak. Anak-anak pun dah besar mereka memahami dan matang serta bersikap pemikiran terbuka.

“Kami juga tidak bersikap untuk menghasut anak-anak untuk membenci sesiapa,” katanya.

Ellie turut memberitahu dia tidak ada masalah untuk berjumpa dan bergandingan dalam mana-mana set pengambaran bersama Azri dan malah memuji lakonan bekas suaminya itu.

“Saya sangat mengkagumi bakat dia. Bagi saya lakonan dia sangat mahal dan orang lain tak ada apa yang dia miliki.

“Saya sangat profesional dan tiada masalah untuk bekerjasama di masa akan datang,” ujarnya.

Ellie dan Azri bercerai pada 17 Mei lalu dengan talak satu selepas 19 tahun bersama dan sepanjang mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty, Azri Iskandar Cerai Selepas 19 Tahun Berkahwin – “4 Tahun Saya Ambil Masa Fikir Semasak-Masaknya…”

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

SABAHAN IMPRESSES JUDGES WITH ANGELIC VOICE IN KOREA’S SINGING COMPETITION

The first Malaysian to compete in Korea’s top singing competition ‘I Can See Your Voice’, Bernard Kwo is giving all he has to make Malaysia proud!

Events Wed, 27 Feb 2019
Hiburan Mon, 18 Nov 2019

全马唯一配对首映!权相佑爆肌要你《Love, Again》

年末最爆笑的浪漫喜剧《Love, Again》 11月21日全马甜蜜上映!配合电影宣传更是大搞噱头举办速配活动,吸引了各行各业的专业人士争相报名。

Hiburan Tue, 4 Mar 2025

Zarina Anjoulie Menyesal Buat Hidung Di Vietnam, Alami Jangkitan Serius Hingga Bernanah

Hidung Zarina Anjoulie bernanah sejak buat hidung di Vietnam

Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Tue, 30 May 2023
Featured Sat, 25 Mar 2023

[VIDEO] “Tak Ada Makna Berjaya Kalau Menitikkan Air Mata Ibu, Dalam Masa 24 Jam Semua Hilang!” – Datuk Hattan

“Kalau sesekali terguris saja hati dia, tak ada untung dekat kita” – Datuk Hattan

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

‘Tiba Masa, Saya Beritahu’ – Haliza Misbun

Kalau boleh, saya nak jarakkan hal kerjaya dan peribadi…Apapun, kami tak sabar nak lihat Kak Haliza naik pelamin nanti. Pasti cantik!

error: Content is protected !!