Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 1, 2019 @ 10:00am

‘Berat Badan Bukan Keutamaan Tapi…’- Najwa Latiff

Selepas lapan tahun menyepi, penyanyi Najwa Latiff kini tampil dengan single berjudul KLIA yang bermaksud ‘Kau Lupa Itu Aku’.

Lebih menarik perhatian, penggambaran muzik video lagu terbaharu Najwa ini telah dilakukan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Smart kan muzik video KLIA ni?

Namun apa yang menarik perhatian, ada sedikit perubahan pada fizikal Najwa. Baru-baru ini, penyanyi berusia 24 tahun ini mengaku mengalami peningkatan berat badan selepas putus cinta.

Menurut Wawa, walaupun dilihat sedikit berisi berbanding dahulu, dia tiada masalah malah gembira dengan kehidupannya sekarang.

“Kehadiran saya dalam industri nyanyian bukan untuk mempertaruhkan apa-apa selain dari bakat menyanyi. Jadi saya gembira dengan berat badan sekarang, tiada masalah.

“Karya dan bakat nyanyian adalah keutamaan saya bukan berat badan,”katanya kepada Xtra.

Najwa yang menyambung pengajian Sarjana dalam bidang Pendidikan dengan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) kini juga sudah bersiap sedia untuk merancakkan karier seninya semula. Good luck, Wawa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Mar 2025
Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Hiburan Thu, 2 Jun 2022
Hiburan Wed, 3 Oct 2018
Hiburan Wed, 23 Nov 2022
Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Sat, 31 Dec 2022

Baju Koyak El Azman Dikecam! Netizen Datang Back Up, Siap Dedah Harga Sebenar – “Aku Google, Baju Tu RM4,000”

Usahawan terkenal, El Azman dikecam netizen kerana mengenakan baju ‘koyak rabak’ jenama Balenciaga. @elazman Replying to @Pokyie ♬ Ya Allah – Wali Menerusi video yang dikongsikan oleh El di TikTok, terdapat warganet yang cuba mempertahankan […]

Featured Thu, 14 May 2026

Radja Akhirnya Bersuara, Terkejut Peminat Dakwa Kecewa Dengan Konsert RadjaWali – “Kami Tahu Kejadian Itu Selepas Pulang Ke Jakarta”

Radja akhirnya tampil bersuara berhubung isu kontroversi membabitkan konsert RadjaWali Live in Malaysia yang berlangsung pada 10 Januari lalu.

Events Sat, 10 Sep 2022
error: Content is protected !!