Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 29, 2022 @ 6:26pm

Diana Amir Kongsi Lagu ‘Labbaikallahumma Labbaik’ Punca Untuk Berniqab, Mahu Berhenti Muncul Di Khalayak Ramai

Pelakon Diana Amir berkongsi kisah hijrahnya mengenakan hijab dan niqab adalah salah satu perkara yang tidak dapat dibayangkan olehnya.

Mengambil keputusan untuk berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematian itu sangat hampir dengan dirinya malah akan terus memperbaiki diri.

“Mak mentua saya tunjuk gambar saya yang tak berhijab. Dia kata semua ini dosa, tapi masa itu hati saya keras. Saya rasa tak apa-apalah, yang penting saya baik dan tak kacau orang.

“Apabila orang sekeliling, masa itu ramai yang tegur pemakaian saya. Jadi saya rasa masa saya dengar waktu itu saya rasa “Tak apa-apalah, yang penting saya baik. Janganlah”. Saya pening dengar.

“Namun itulah sebabnya akhirnya selepas tahun 2011, waktu saya nak berhijab, memang satu benda yang saya tak dapat bayangkan sebab saya pernah berfikir begitu dulu.

“Agaknya sebelum ini saya fikir saya hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.

“Bila saya faham hakikat yang kita ini akan mati juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang saya rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata.

“Saya terus rasa nak pakai tudung, saya tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri,” ujarnya.

Diana juga berkongsi saat-saat dia mahu mengenakan niqab apabila pulang mengerjakan ibadah umrah dan menyifatkan penghijrahannya itu adalah bukti cinta pada yang maha agung.

“Saya rasa penghijrahan saya agak perlahan sebenarnya sebab saya mula ada rasa suka nak berniqab itu sejak sebelum PKP tahun 2020. Saya pergi umrah 2019.

“Sudah tentu, waktu buat umrah, kita suka pakai niqab. Waktu itu saya juga ada buat satu hantaran, saya cakap perasaan pakai niqab ni buat saya rasa selesa, bebas dan rasa macam ialah diri saya. Orang lain tak perlu tahu siapa saya. Yang penting saya dan Allah. Saya rasa sangat bebas.

“Tapi saya ada bagitahu yang saya tak bermaksud nak pakai niqab, sebab saya belum bersedia ketika itu. Namun balik daripada umrah, ada masanya saya pakai, ada masa tidak.

“Akhir tahun lepas mungkin. Saya mula berniqab sebab ketika saya memakai niqab dan dalam kereta, ada satu lagu saya dalam senarai main iaitu lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’.

“Saya seorang yang kuat empati, bila saya dengar lagu itu saya rasa macam Allah sedang bercakap dengan saya dan saya sedang bercakap dengan Allah. Daku datang kepada-Mu Ya Allah.

“Waktu itu saya sedang berniqab, saya rasa rindu sangat pada Mekah dan Madinah. Saya nak jadi hamba yang Allah tahu saya sayang pada Dia.

“Saya rasa macam memakai niqab itu bukti cinta pada Allah. Semasa saya pakai niqab tu saya pakai kerana niat saya.

“Saya telefon suami saya dan cakap pada dia yang saya dapat perasaan yang sangat kuat untuk memakai niqab dan saya rasa bila saya pakai, saya rasa lebih selamat. Dan dia beritahu itu berita paling menggembirakan dia dengar.

“Saya bersyukur pada Allah, kemanisan petunjuk itu akan hilang apabila kita tak faham sebab kita pakai niqab.

“Saya rasa, tak apa, tak perlu lagi pandang saya. Memang orang kenal saya sebagai diri saya sendiri. Bukan kerana fesyen atau muka atau rupa. Bukan. Tapi kenal saya sebagai seorang muslim.

Diana juga bertekad untuk tidak lagi membuat penampilan di kaca TV lagi selepas ini kerana mahu fokus dengan dirinya sahaja.

“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.

“Saya buat keputusan, saya cakap pada suami saya yang selepas ini saya dah tak mahu muncul di mana-mana tapi ada beberapa lagi tawaran yang saya sudah terima awal, jadi saya terpaksa buat tapi selepas ini tidak lagi.

“Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja,” kongsi Diana.

Diana diundang menjadi artis undangan dalam sebuah program bual bicara Neelofa baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

Kenapa Gelar Kafir, Kan Itu Sensitif

“Kalau Ya Pun Marah, Janganlah Sampai Panggil Saya Kafir”

Featured Wed, 25 Mar 2020

Seramai 73 anggota kesihatan KKM positif COVID-19

Bantu mereka dengan duduk di rumah

Trending Thu, 28 Jun 2018

Najib Says There’s Nothing Wrong with Accepting Gifts

He was comparing his gifts with Tun Mahatir’s too.

Trending Fri, 8 May 2020
Featured Sat, 26 Jun 2021

i-Sinar 2.0 : Bantuan Yang Wajar Diumumkan Dalam Masa Terdekat – Menteri Kewangan

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz hari ini memaklumkan kerajaan akan mengambil tindakan secepat mungkin berikutan isu i-Sinar dan moratorium.  Menerusi laman Facebooknya, beliau berkata kerajaan telah berbincang dengan Perdana Menteri, YAB Tan Sri […]

Hiburan Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Muzik Video ‘Lavida Raya’ Dapat Sentuhan Anak

Kos pembikinan muzik video singlenya itu tidak terlalu mahal berbanding I Am Me. Penggambaran dilakukan dia rumah sendiri dan saya menggunakan penari daripada kalangan rakan-rakan sendiri termasuk dua anak saya iaitu Cik B dan Kacak sebagai watak utama. Cayalah!

Featured Thu, 22 Aug 2019

Bateri telefon anda cepat habis? Ikuti 5 cara untuk panjangkan hayatnya

Tak perlu tukar bateri baharu atau tukar telefon!

Trending Mon, 29 Aug 2022

“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang, Nampak Elok Kerana…” – Ustaz Kazim Bakal Berubat Di Arab

Sampai ke Arab ye cari penawar! Apa-apapun semoga Ustaz kembali sihat!

error: Content is protected !!