Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 15, 2023 @ 3:33pm

Tegur Isu Pendakwah Bantah Konsert, Baby Shima Didakwa Persendakan Hukum – “Tiada Niat Hina Agama, Mungkin Sebab Saya Tak Ada Title PU”

“Dakwaan mempersendakan agama adalah tuduhan berniat jahat dan fitnah.”

Demikian respons penyanyi Baby Shima mengenai dakwaan yang terpalit selepas dia memberikan komen terhadap Konsert Coldplay yang bakal diadakan dia Malaysia pada November ini.

Menurut penyanyi dangdut sensasi itu, dia hanya menyuarakan pendapat peribadi mengenai konsert itu yang dipertikaikan oleh sesetengah pihak.

“Saya sebut konsert secara umum. Konsert itu sebahagian daripada hiburan. Konsert Coldplay telah pun diluluskan oleh kerajaan. Di Malaysia ini pelbagai agama dan bangsa yang ada. Kita masyarakat majmuk.

“Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita merdeka. Pilihan atas diri dan pendapat masing-masing,” luahnya dalam sebuah kenyataan media.

Pemilik nama Nor Ashima Ramli ini juga menjelaskan, pendapat yang dilontarkan menerusi media sosialnya itu adalah atas kapasiti peribadi dan tidak berkaitan dengan isu mengeluarkan fatwa sendiri kerana apa yang disuarakan hanyalah pendapatnya sendiri sebagai individu.

“Saya bukan orang yang mempunyai latar belakang agama apatah lagi nak menghalalkan apa yang haram. Saya beritahu apa pendapat saya sahaja. Mungkin disebabkan saya tiada title PU (Pencetus Ummah), saya tak boleh suarakan pendapat?

“Adakah cuma yang ada title PU je yang boleh bercakap? Mana yang bab menghina agamanya? Namun tuduhan bahawa saya menghina agama, keluarkan fatwa, malah fatwa yang songsang adalah tuduhan yang berniat jahat dan fitnah.

“Saya cuma menggunakan hak saya dalam memberikan pendapat peribadi secara umum. Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert.

“Tiada keperluan menyerang saya membuta tuli. Janganlah kita rasa mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua pendosa.

“Alangkah baiknya jika pihak pihak ini boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya juga sudi dan bersedia menerima teguran bukan serangan tanpa usul periksa.

“Saya juga akan rujuk kepada pihak peguam , sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan,” tambahnya lagi.

Terdahulu kecoh apabila artis antarabangsa Coldplay akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur, pada November ini.
Ia menimbulkan kontrovesi apabila ada pihak yang mendakwa kumpulan itu menyokong budaya songsang LGBT.

Baby Shima yang menyuarakan pendapat peribadi dalam media sosialnya itu ditegur oleh beberapa agamawan.

Tidak kurang juga berlakunya salah faham apabila sesetengah netizen mendakwa Shima mempersendakan agama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 May 2018

Eyra Hazali Takut Popular?

Jujurnya, saya tidak mampu menyembunyikan rasa takut dengan populariti segera yang diraih kini. Saya juga bimbang jika ada pihak yang akan terus meletakkan harapan menggunung selepas ini…

Hiburan Mon, 27 Nov 2017

ELYANA SAKIT KANSER?

Siapa sangka, jika diperhati tingkah dan gelagat nya semasa berada di atas pentas, tidak terbayang sedikit pun yang Elyana kini sedang menghidapi kanser Lymphoma tahap 4. Statement yang dibuat dihadapan ribuan penonton disalah sebuah konsert nyanyian itu membuatkan rata-rata peminat dan para wartawan terkejut.

Hiburan Sat, 20 Jan 2018

Nak kritik? Saya Tak Ambil Kisah

Yang mana kritikan membina saya akan ambil tapi komen yang makian, cacian dan melibatkan keluarga benda itu saya tak marah dan tak ambil kisah. Kena tegur tentang apa ?

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Anak Menteri Dedah Perangai Sebenar Pengulas Fesyen Zaihani Mohd Zain

Menurut Nurul, Kak Zai tidak boleh dihukum begitu kerana dia sememangnya seorang yang bermulut laser dan dia juga mungkin tidak berniat untuk melukakan hati mana-mana pihak.

error: Content is protected !!