Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 22, 2021 @ 5:37pm

Selebriti Kongsi Pandangan & Pengalaman Anak Mereka Belajar Melalui DidikTV KPM

Heboh diperkatakan tempoh hari apabila ada ibu bapa bertukar jadi singa di rumah kerana mahukan anak mereka fokus belajar.

Bila dah berada di rumah, memang lain sikit suasananya. Maka, tidak hairanlah kadang-kadang ada pelajar yang memang liat nak menyertai kelas dalam talian dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Namun, dengan adanya DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semuanya jadi lebih mudah!

Ramai ibu bapa memberikan respons positif dan memberangsangkan mengenai program ini.

Jadi, tak hairanlah jika ada dalam kalangan selebriti juga memberi maklum balas yang baik dan menyokong DidikTV KPM.

Ahmad Fedtri Yahya

Bukan mudah menjadi bapa kepada dua orang cahaya mata, namun pengacara dan penerbit program televisyen, Ahmad Fedtri Yahya sempat berkongsi pandangan dan pengalaman anak-anaknya menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) bersama DidikTV KPM dengan pihak kami.

Menurut Fedtri, DidikTV KPM menampilkan program yang amat bermanfaat sebagai sahabat kepada murid untuk mengulangkaji dan mendapat gambaran terhadap subjek yang dipelajari.

“Anak-anak saya pada mulanya menyangka ia saluran YouTube tetapi rupanya siaran TV. Mereka memiliki jadual dan dapat melihat waktu mana disiarkan subjek yang berkaitan dengan mereka. Jika bertemu di kelas nanti, mereka ada modal untuk bercerita dengan rakan sekelas,” katanya.

Tambahnya, pandangan dan maklum balas pihak yang berkaitan seperti ibu bapa, guru, aktivis pendidikan, media, pemerhati dan orang awam perlu diambil agar kualiti program DidikTV KPM dapat dipertingkatkan, kepelbagaian dapat dicipta dan memberi impak positif kepada pendidikan negara. Suatu anjakan dalam proses memantapkan PdPR di negara kita.

Maria Tunku Sabri

Selebriti TV terkenal, Maria Tunku Sabri turut menyokong penuh usaha yang diambil oleh KPM dalam menghidupkan DidikTV KPM.

“TV Pendidikan ini bagus untuk menjadian bantuan serta membantu pelajar yang memerlukan rujukan tambahan.

“Lagi pula, ia merupakan saluran percuma yang disiarkan menerusi program TV dan tersedia untuk semua pelajar di seluruh Malaysia.

“Semua golongan pelajar tak kira daripada latar ekonomi berbeza dapat merasai nikmat belajar menerusi DidikTV KPM,” kata Maria.

Ternyata usaha murni yang diambil oleh pihak kerajaan ini disambut baik oleh pelbagai pihak.

Semoga usaha ini dapat diteruskan dan pelbagai penambah baikan boleh dilakukan lagi di masa hadapan dalam memastikan DidikTV KPM menjadi saluran TV pendidikan nombor 1 di Malaysia.

Bagi anda yang belum pernah menyaksikan DidikTV KPM, anda boleh klik > https://youtube.com/c/ntv7MALAYSIAOfficial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 May 2024
Featured Thu, 9 Jun 2022
Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Intan Najuwa Dedah Wajah Anak, Ramai Puji Imane Lunara Comel!

Intan Najuwa kongsi wajah Anak, ramai kata persis suami

Featured Thu, 7 Apr 2022

“Denda RM100,000… COVID-19 Nak Masuk 3 Tahun, Kenapa Baru Sekarang?” – Netizen Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM

Menurut pihak kerajaan, tujuan pemakaian pelitup muka SIRIM adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat..

Trending Thu, 17 Sep 2020
Featured Tue, 11 Mar 2025
Trending Mon, 2 Nov 2020
Featured Sun, 21 Mar 2021

Elizabeth Tan Dikhabarkan Sudah Berkahwin?

Mesti ramai yang patah hati ni..

error: Content is protected !!