Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 9, 2025 @ 1:41pm

Syarikat Didakwa Berhutang Lebih RM4 Juta, Netizen Minta Fazura Tampil Pertahankan Diri

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura sehingga kini masih berdiam diri susulan syarikat dibawah pengasasnya, Pink Fate Sdn Bhd, terpalit dakwaan berhutang dengan pembekal tudung, Obor Holding Sdn Bhd berjumlah lebih RM4.65 juta.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, dilihat aktif di media sosial dengan berkongsi semula pautan ‘quotes’ untuk tidak bersuara dan terus berdiam diri tentang apa-apa isu membabitkannya.

“You will know she healed when she stops telling her side of the story – because peace doesn’t explain itself,” kongsi Fazura dengan emoji.

Meninjau ke ruangan balas, ada segelintir netizen menyeru aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini untuk bersuara bagi menjernihkan namanya atas dakwaan tersebut.

Isnin lalu, Syarikat pengilang tudung, Feline Malaysia mendakwa syarikat milik Fazura berhutang lebih RM4.65 juta.

Menerusi dokumen pernyataan tuntutan yang dilihat oleh The Rakyat Post, Obor Holding Sdn Bhd, pemilik kilang Feline Malaysia mendakwa syarikat Pink Fate Sdn Bhd, di mana Fazura selaku pengasas bersama telah dibekalkan tudung bernilai lebih RM7.33 juta sejak Jun 2022.

Namun, sehingga kini, Obor Holding mendakwa hanya RM2.68 juta telah dijelaskan dan bakinya sebanyak RM4.65 juta masih belum dilangsaikan.

Dakwa syarikat itu lagi, mereka mula berdepan kesukaran untuk menuntut bayaran sejak Disember 2023.

Artikel Berkaitan: Pembekal Tudung Dapat Cek Tendang, Dakwa Syarikat Tudung Fazura Berhutang Lebih RM4.65 Juta?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Mar 2025

[VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Sebak, Kongsi Nota Terakhir Allahyarham Akiko

Ridzuan Ridzokumura sebak, kongsi Allahyarham Akiko tulis nota terakhir

Trending Wed, 15 Jun 2022

Keluarga Muhammad Adib Tarik Rayuan, Mahu Mulakan Kehidupan Baru

Keluarga arwah memilih untuk tarik rayuan dan memulakan kehidupan yang baru.

Cahaya Mata Sat, 4 Feb 2023
Trending Wed, 6 May 2020

[TERKINI] Ujian Saringan Di Chow Kit Kini Bermula

Semoga dengan langkah ini dapat memutuskan penularan wabak covid-19

Anugerah Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Mula-mula Dating, Aiman Ajak Zahirah Makan Roti Canai Je?

Siapa kata artis ‘high maintenance’? hehe

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Chacha Maembong Akui Suka Pakai Seksi Dari Dulu

Kalau takut kena kutuk, tak payah jadi selebriti…betul tak?

Featured Thu, 15 Aug 2024

“Akhirnya Dia Milik Saya” – 4 Bulan Tak Berjumpa, Isteri Kongsi Momen Manis Anak-Anak Bersama Azizulhasni Awang

Terharu tengok family Datuk Jijoe ni. Moga ada hikmah tiap apa yang berlaku❤️

error: Content is protected !!