Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd February 4, 2020 @ 1:01pm

Kemalangan Ngeri! Gadis Berusia 20 Tahun Cedera Parah Di Kepala Dan Maut Digilis Bas Ekspres Di Rawang

Saban hari ada sahaja kejadian dan kemalangan ngeri melibatkan penunggang motosikal dan bas ekspres. Terbaru, seorang penunggang motosikal dipercayai berusia 20 tahun maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres di Rawang, Selangor.

Dilaporkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan

Dalam kejadian pada jam 12.40 tengah malam, mangsa dikenali dengan nama Nur Azwien Farisha Azrul Hisyam dipercayai berumur 2o tahunberasal dari Rawang, Selangor. Gadis itu dilaporkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. 

Menerusi laporan daripada Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata ketika kejadian, mangsa menunggang secara bersendirian dari Sungai Buaya ke Rawang. Berlaku pelanggaran antara motosikal mangsa di sisi kanan sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak. Akibat daripada kemalangan tersebut, motosikal yang ditunggang mangsa telah terbabas ke tengah lebuh raya. 

Sebuah bas ekspres yang kebetulan melalui laluan tersebut hilang kawalan dan tidak sempat mengelak sejurus merempuh dan menggilis mangsa, motosikal mangsa dipercayai diheret sejauh 13 meter.

Pemandu bas selamat daripada sebarang kecederaan 

Walaubagaimanapun. pemandu bas eskpres yang membawa 26 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan parah. Kes telah disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

 Peringatan buat semua, pandulah kenderaan anda secara berhati-hati ketika di jalan raya. Sentiasa pakai topeng keledar dan tungganglah secara berhemah.  Ingat! kenderaan boleh dicari ganti tetapi nyawa sekali melayang tidak dapat kembali.

Untuk berita penuh, jangan lupa layari Buletin TV3!

Kredit foto: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jun 2025

Difitnah Terima Rawatan Dari Bomoh Thailand, Azharina Buat Laporan Polis – “Ini Serangan Terhadap Saya Sebagai Wanita”

Azharina bengang apabila individu tidak bertanggungjawab mendakwanya berjumpa bomoh di Thailand.

Featured Mon, 21 Apr 2025
Featured Thu, 9 Jan 2025
Featured Tue, 5 Aug 2025

Nabila Razali Hati-Hati, Kongsi Wajah Anak Sekadar Penuhi Permintaan Peminat – “Penyakit Ain Memang Tak Boleh Elak”

Tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan anak lelakinya terkena penyakit ain.

Featured Wed, 29 Mar 2023
Featured Sat, 28 Aug 2021
error: Content is protected !!