Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 5, 2025 @ 1:04pm

Nabila Razali Hati-Hati, Kongsi Wajah Anak Sekadar Penuhi Permintaan Peminat – “Penyakit Ain Memang Tak Boleh Elak”

Pelakon dan penyanyi popular, Nabila Razali mengakui masih mengambil langkah berhati-hati dalam berkongsi gambar anak sulungnya, Nik Muhammad Nik Iruwan yang kini berusia tujuh bulan.

Menurut Nabila, tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan anak lelakinya terkena penyakit ain selain memilih untuk lebih menjaga privasi keluarganya.

“Saya tidak selalu kongsi gambar anak di media sosial. Saya masih pilih masa sesuai untuk berkongsi perkembangan dia kerana bukan setiap hari saya muat naik.

“Penyakit ain ni memang kita tak boleh jangka. Niat orang kita tak tahu. Kita hanya mampu berdoa agar gambar itu hanya jadi sekadar tatapan.

“Saya bukan berniat nak menunjuk atau riak pun,” katanya kepada pemberita.

Berkongsi lanjut, Nabila memaklumkan, perkongsian wajah anak sebelum ini dibuat kerana mahu memenuhi permintaan peminat.

“Rasa risau itu masih ada sampai sekarang. Gambar yang saya kongsi sebelum ini pun sebab ramai peminat minta.

“Saya tak sampai hati biarkan mereka tertunggu-tunggu, jadi saya kongsi masa majlis akikah,” jelasnya.

Ditanya mengenai rancangan untuk membuka akaun media sosial khas buat anak sulungnya itu, pelantun lagu Peluang Kedua itu menjelaskan, dia belum bersedia untuk berbuat demikian.

“Buat masa ini, saya belum fikir lagi nak buka akaun media sosial anak. Saya masih nak jaga privasi keluarga kecil kami.

“Nanti bila dah tiba masanya, saya akan buat juga,” kongsinya.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Jan 2019

Patung Barbie BTS bakal dilancarkan, wajah anggota yang mana satukah pilihan anda?

Patung Barbie BTS akan digayakan dengan kostum mini yang dipakai di dalam muzik video Idol.

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Azlan Typewriter Optimis Bawa Produk Minuman Ke Peringkat Antarabangsa

Terbukti power minuman ni, Good Luck untuk Lan & pasukan Turbo 3!

Featured Wed, 21 Feb 2024
TECH Tue, 30 Oct 2018

5 Tips dan Teknik WhatsApp Yang Perlu Diketahui

Adakah anda telah mengetahui semua tips dan teknik untuk ‘Whatsapp’ anda? Jika belum,baca artikel ini.

Featured Wed, 29 Sep 2021

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Untuk..

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan  kebenaran rentas negeri bagi tujuan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Langkawi. Menerusi kenyataan rasmi daripada MOTAC, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan […]

Hiburan Wed, 6 Nov 2019
Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Big Bang to Release Song with All 5 Members in it!

Though most of them are in the army right now, they are still able to release a song that has all 5 of them.

error: Content is protected !!