Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 28, 2025 @ 9:41pm

Malam Penuh Magis, Stacy Gegar SICC Dalam Konsert Solo Pertama di Sabah.. Tampil Dengan 10 Busana Berbeza

Malam yang penuh sejarah tercipta apabila penyanyi kesayangan Sabah, Stacy Anam, akhirnya merealisasikan impiannya untuk mementaskan konsert solo berskala mega pertamanya di tanah kelahiran menerusi ‘Aku Stacy (Menggegar Kota U)’ yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

Lebih 3,000 peminat membanjiri dewan pada malam penuh warna itu, menyaksikan Stacy berada dalam kelas tersendiri sebagai penghibur versatile, figura seni yang berjiwa besar, dan simbol ketahanan dalam industri hiburan tanah air selama 17 tahun.

“Penantian tiga tahun berbaloi. Ini betul-betul konsert Stacy. Saya puas hati,” katanya.

Stacy membuka tirai dengan menyampaikan lagu  ‘Pakai Buang’, dan tampil bergaya dalam busana ranggi hitam, merah, putih sambil diiringi sorakan gemuruh.

Deretan lagu popular seperti ‘Cakap Ke Tangan’, ‘Not For Sale’, ‘Gilalah’ dan ‘Menyala’ menyusul, dengan persembahan dramatik termasuk babak istimewa Stacy ‘terbang’ ke tengah dewan ketika mendendangkan lagu ‘Khayal’.

Momen paling menyentuh hati hadir saat Stacy menyampaikan lagu balada ‘Kisah Dongeng’ dan ‘Pelangi Senja’, yang turut disertai nyanyian ribuan peminatnya.

Tidak habis disitu, sisi budaya Sabah turut diserlahkan melalui persembahan ‘Asmaradana’, yang dipersembahkan dengan sentuhan etnik serta visual busana tradisional memukau.

Segmen duet Stacy bersama suami tercinta, Akim Ahmad, juga antara yang istimewa apabila tampil dengan lagu popular antarabangsa,  ‘Die With A Smile’ (Lady Gaga & Bruno Mars), diikuti ‘Aku, Kau & Muzik’, ‘Ritma & Rima’ serta persembahan solo Akim dengan lagu ‘Rampas’ yang disambut meriah.

“Ini pelaburan terbesar Rhythm & Rhyme setakat ini, dan saya amat bersyukur dengan sambutan yang luar biasa,” kata Akim dalam sidang media.

Malah, konsert turut dimeriahkan dengan kehadiran Amir Masdi, Elica Paujin, Hafiz Zainal, Dabra Sia dan Atu Zero, masing-masing memberikan persembahan bertenaga dan menyumbang pada variasi dinamik malam tersebut.

10 Busana, Satu Rekod & Momen Abadi

Stacy memecah rekod sebagai artis Malaysia pertama menukar 10 busana dalam satu konsert.

Busana hasil sentuhan pereka tempatan itu disiapkan dalam tempoh tiga bulan sahaja sekaligus menjadi saksi kesungguhan Stacy mengangkat martabat persembahan seni pentas.

Gagal menahan sebak,  Stacy juga menyifatkan arwah abangnya, Chaq, adalah individu yang banyak berjasa dalam awal karier seninya.

“Saya dapat rasakan kehadiran dia sepanjang malam. Dia adalah semangat saya.”  jelasnya.

Menutup konsert dengan lagu ikonik ‘Aku Stacy’, penyanyi itu memberi bayangan bahawa konsert ini bakal diteruskan di Kuala Lumpur.

Sekadar info, konsert Aku Stacy dianjurkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment, dibawakan oleh U Mobile, dan disokong oleh rakan media rasmi Gempak serta rakan hotel rasmi Hotel Promenade.

Konsert ini juga bukan sekadar hiburan tetapi ia adalah manifestasi cinta Stacy terhadap muzik, budaya dan negeri kelahirannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 24 Sep 2019

Panduan mudah jika ingin melancong ke luar negara

Persedian sebelum melancong yang wajib anda tahu!

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Wed, 4 Feb 2026

Insomniacks, Yonnyboii Pecah Zon Selesa Menerusi ‘Bersuara’

‘Bersuara’ merupakan kisah tentang menyuarakan perasaan dan mempertahankan harga diri

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Sat, 24 Jan 2026
Featured Mon, 25 Jul 2022
Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Tak Sangka Berat Badan Capai Angka Ideal – Shuk

Pelawak dan pengacara, Syuk Sahar akui telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7 kilogram dalam masa seminggu sahaja. Tahniah Syuk….

Featured Fri, 6 Dec 2024

Kurang Sel Darah Merah, Adira Dikejarkan Ke Hospital

Hasil pemeriksaan Adira didapati mengalami kekurangan sel darah merah.

error: Content is protected !!