Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 20, 2023 @ 7:06pm

Belum Berhubung Dengan Anak, Yusof Haslam Mahu Syamsul & Puteri Sarah Kembali Bersatu?

Penerbit Datuk Yusof Haslam memaklumkan dia ada berhubung menantunya iaitu Puteri Sarah Liyana namun anaknya Syamsul masih belum menghubunginya selepas mereka sah bercerai 14 Jun lalu.

Menurut laporan mStar, Yusof mengakui berasa gembira apabila anak dan menantunya itu berpisah denga cara yang terbaik demi kebaikan dan masa depan anak-anak.

“Dengan Sarah ada berhubung tapi Syamsul setakat ini dia belum berhubung dengan mak atau pun ayah dia.

“Tapi saya rasa mungkin dia sedang sibuk ‘shooting’ Original Gangster jadi kita bagi dia masa.

“Saya rasa gembira kerana Syamsul dengan Sarah dah bercerai tapi dengan cara yang baik, hubungan Sarah dengan Syamsul dengan anak-anak okey, Walaupun berlaku penceraian hubungan harus kekal demi anak-anak.

“Saya mendoakan yang terbaik kepada mereka berdua. Kepada Syamsul saya harap dia boleh menghabiskan filem The Original Gangster dengan sempurna dan kejayaan lebih besar lagi,” jelasnya.

Disoal adakah dia masih berharap hubungan Syamsul dan Puteri Sarah akan bersatu kembali kelak, Yusof berkata dia hanya mendoakan yang terbaik sahaja.

“Ramai juga anak-anak kawan saya yang mengalami penceraian tetapi selepas itu mereka rujuk kembali. Jadi saya tak boleh jangkakan apa-apa sebab segalanya telah menentukan.

“Mungkin takdir dah menentukan, itulah jadinya. Kalau tidak maka tidaklah. Hanya Allah yang menentukan. Kami sebagai orang tua, kami doakan yang terbaik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Yusof juga memaklumkan dia tidak tahu mengenai lafaz cerai pertama dan rujuk kembali pasangan tersebut.

“Saya tak tahu mengenai itu, mungkin isteri saya tahu. Alhamdulillah mereka juga sudah berdamai, hubungan itu harus dikekalkan terus kerana Syamsul harus tahu bahawa kehidupan ini tidak semudah yang disangka.

“Saya punya nasihat kepada semua adalah kejayaan hari ini tidak menjanjikan kejayaan esok. Jadi kita harus sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan jangan anggap diri kita yang terbaik. Itu satu kesilapan. Yang terbaik hanya Allah S.W.T ,” tutupnya positif.

Terdahulu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

Guru Matematik Viral Sir Race Lancar Lagu Raya, Alyssa Dezek Jadi Kejutan Dalam MV

Istimewa sempena Aidilfitri tahun ini, Sir Race melancarkan lagu raya berjudul Bah Selamat Hari Raya.

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Anuar Zain ‘Gegar’ Singapura 26 Oktober Depan

Tiket dijual pada harga SGD$228, (RM680), SGD$188 (RM561), $SGD158 (RM471), $SGD128 (RM381) dan $SGD98 (RM292).

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

“Hubungan Saya Dan Zul Baik” – Zahirah McWilson

Zahirah McWilson mengakui bahawa hubungannya dengan Zul Ariffin masih berjalan dengan baik walaupun khabar angin mengenai isu hashtag tersebut telahpun menjadi viral

Drama Tue, 23 Jun 2026

Bergandingan Dengan Imranul Effendy, Ariana Yusof Diuji Cinta Dan Harta Dalam ‘Salju & 7 Buaya’

Gandingan Ariana Yusof dan Imranul Effendy menjadi taruhan utama dalam drama mikro terbaharu, Salju & 7 Buaya yang bakal menemui penonton mulai 24 Jun ini menerusi TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Trending Mon, 23 Mar 2020
Trending Sun, 24 Apr 2022

Polis Jangka 1.4 Juta Kenderaan Masuk Kedah Aidilfitri Ini

Jangkaan trafik ke Kedah sempena Aidilfitri

Featured Sat, 31 Dec 2022

Bantu Mangsa Banjir Rantau Panjang, Warganet Beri Penghargaan Kepada Khairul Aming & Pasukan – “Terima Kasih Sebab Prihatin…”

Umum mengetahui, baru-baru ini beberapa negeri telah dilanda banjir teruk sehingga menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Tampil menghulurkan bantuan, pempengaruh Khairul Aming dan team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan […]

error: Content is protected !!