Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 30, 2018 @ 7:01pm

Anuar Zain ‘Gegar’ Singapura 26 Oktober Depan

Berita baik buat para peminat penyanyi Anuar Zain! Anda berpeluang menyaksikan konsert Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018 yang bakal diadakan di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre, Singapura.

Konsert berkenaan dijangka berlangsung pada 26 Oktober depan di mana penyanyi berusia 48 tahun ini sudah siap sedia menggegarkan pentas dengan rangkaian lagu-lagu hits miliknya.

Antara lagu-lagu hits Anuar termasuklah Sedetik Lebih, Lelaki Ini, Keabadian Cinta, Bila Resah dan Sesucinya Cintamu.

Bagi mereka yang berminat, tiket boleh didapati di semua lokasi penjualan tiket SISTIC di Singapura.

Selain itu, tiket juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.sistic.com.sg bermula 3 Ogos depan.

Tiket dijual pada harga SGD$228, (RM680), SGD$188 (RM561), $SGD158 (RM471), $SGD128 (RM381) dan $SGD98 (RM292).

Konsert ini dibawakan khas oleh Hype Records. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh juga layari www.hyperecords.com. Jom guys!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 May 2024
Hiburan Mon, 29 Dec 2025

Dr. Fie Hilang Sabar, Dakwa Nubhan Campak Barang Peribadi Tanpa Belas Kasihan – “Semudah Itu Awak Buang Saya”

Dr. Fie dakwa Nubhan tergamak buang barang peribadi miliknya tanpa pengetahuan

Featured Wed, 20 Apr 2022
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Cakra Khan Tidak Mahu Lagi Bersedih!

Sibuk berulang-alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

Featured Wed, 13 Apr 2022

“Pergi Buat Hal Di Tempat Lain” – Isteri Justin Bieber Rayu Peminat Selena Gomez Untuk Jangan Menganggunya!

Hailey Bieber sudah muak dengan komen-komen yang mengaitkan tentang suami dan bekas teman wanitanya itu.

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Che Ta Tak Nak Kongsi Zain!

Apa cerita pulak ni?

error: Content is protected !!