Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 8, 2024 @ 10:21pm

Rumah Tangga Alif Teega & Isteri Pertama Masih Utuh, Dakwaan Bakal Bercerai Tidak Benar?  – “Saya & Aisyah Tak Ada Cakap Apa-Apa”

Pempengaruh, Alif Teega menafikan dakwaan bakal bercerai dengan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Alif seolah-olah terkejut apabila diserbu soalan oleh netizen yang bertanya mengenai tindakan Aisyah yang dikatakan telah memfailkan perceraian.

“Saya tak tahu lah, dapat dari mana cerita tu? Saya tak ada cakap. Aisyah pun tak ada post apa-apa. Saya fokus Hijanah saja sekarang ini perlahan-lahan,” tulisnya.

Alif Teega Alif Teega Alif Teega

Alif berkata demikian membalas pertanyaan netizen di hantaran terbaharu di Instagram memaparkan dia dan Aisyah membuat siaran langsung sedang mempromosikan tudung koleksi Hijanah.

Sebelum ini, rumah tangga Alif dan  Aisyah Hijanah didakwa sedang bergolak selepas wanita itu memfailkan perceraian pada Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

Aisyah berkata dia membuat keputusan sendiri untuk berpisah, tidak melibatkan mana-mana pihak.

Sekadar info, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Sebelum ini, Alif berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung pada 18 November tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Tak Boleh Tolak Kecewa & Harap Bahagia Semata, Perlu Ikhlas Dalam…” – Aisyah Hijanah Fail Cerai, Alif Teega Tenang Beri Kata-Kata Nasihat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Feb 2025
Featured Tue, 14 Dec 2021

Doja Cat Positif Covid-19

Penyanyi terkenal Doja Cat mengumumkan dia disahkan positif wabak Covid-19 melalui hantaran terbaru di Instagram miliknya. “Dukacitanya, saya rasa sedih untuk berkongsi bahawa saya baru sahaja diuji positif Covid-19 dan tidak dapat membuat persembahan di […]

Featured Tue, 16 Aug 2022

“Cuba Jadi Baik Walau Tak Sempurna…”- Siti Nordiana Akui Istiqamah Itu Tidak Semudah Yang Disangka

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana tidak menolak dakwaan bahawa pemilihan kawan-kawan dan orang sekeliling yang betul menjadi asbab seseorang itu berubah dan istiqamah ke arah kebaikan. Namun, pastinya bukan mudah untuk seseorang individu itu sentiasa […]

Hiburan Sun, 2 Dec 2018

Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Ini Jawapan Sherry Ibrahim

Ish ish, tak baik tau korang tuduh Sherry bukan-bukan. Semua original ok…

Featured Tue, 3 Mar 2026

“Dia Budak Yang Baik, Sopan & Lembut Tutur Kata” – Firdaus Wong Dedah Individu Pijak Al-Quran Seorang Mualaf

Pendakwah bebas, Firdaus Wong atau nama lengkapnya, Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan individu yang memijak kitab suci, al-Quran merupakan seorang mualaf.

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Featured Fri, 22 Jul 2022

[VIDEO] “Bainun 2.0!” – Dera Budak 4 Tahun Guna Batang Penyapu, Pengasas Produk Kena Reman 7 Hari

Allahuakbar… Apalah dosa anak kecil tu sampai sanggup lakukan begini.. Difahamkan Alia tak sampai setahun diambil sebagai anak angkat olehnya.. Apapun, segalanya kita serahkan pada pihak polis. #JusticeforAlia

Events Thu, 28 Feb 2019
error: Content is protected !!